`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 14, 2018

Majlis Peguam cadang Ambiga sebagai peguam negara

Presiden Majlis Peguam, George Varughese berkata faktor kaum, agama dan jantina tidak harus mempengaruhi proses pemilihan peguam negara.
George Varughese berkata, Ambiga akan bebas daripada tekanan politik dan turut mendapat keyakinan orang awam serta peguam.
PETALING JAYA: Majlis Peguam mencadangkan bekas presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan dipertimbangkan untuk jawatan peguam negara.
Presidennya, George Varughese berkata Ambiga akan bebas daripada tekanan politik dan turut mendapat keyakinan orang awam serta peguam.
Katanya, peguam negara adalah penasihat utama undang-undang bagi kerajaan dan adalah penting perdana menteri memilih seseorang yang kompeten.
“Dalam pelantikan peguam negara baru, faktor seperti kaum, agama dan jantina tidak harus mempengaruhi proses pemilihan itu,” katanya menjawab soalan FMT sama ada Majlis Peguam mempunyai calon yang ingin mereka cadangkan untuk jawatan itu.
Semalam, Varughese berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu melantik individu berasingan sebagai peguam negara dan pendakwa raya untuk mengelakkan konflik kepentingan.
Buat masa ini, peguam negara adalah penasihat utama undang-undang untuk kerajaan dan juga pendakwa raya.
PH menerusi manifestonya berjanji akan mengasingkan tanggungjawab peguam negara daripada pendakwa raya.
PH juga berjanji akan melantik peguam negara dalam kalangan ahli Parlimen yang layak dan akan menjadi menteri yang berperanan sebagai penasihat undang-undang untuk kerajaan.
Sementara itu, pendakwa raya akan dilantik daripada kalangan mereka yang bebas daripada sebarang kepentingan politik, dengan autonomi dalam melakukan pendakwaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apand Ali di bawah tekanan untuk meletak jawatan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwanya menyembunyikan bukti berkaitan dakwaan salah laku 1MDB.
Kontrak 3 tahunnya yang bakal tamat pada 27 Julai ini, bagaimanapun dilanjutkan 3 tahun lagi oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya Rabu lalu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.