Tiga timbalan ketua menteri itu adalah Jeffery Kitingan, Hajiji Mohd Noor dan Masidi Manjun.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman melantik 3 timbalan ketua menteri dan 7 menteri di dalam kabinet baharunya.
Tiga timbalan ketua menteri itu terdiri daripada Datuk Jeffery Kitingan merangkap menteri pertanian dan industri makanan, Datuk Hajiji Mohd Noor merangkap menteri pembangunan infrastruktur serta Datuk Masidi Manjun merangkap menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar.
Musa mengumumkan senarai anggota kabinet negeri itu pada sidang akhbar di kediaman rasmi ketua menteri Sabah di Sri Gaya, malam tadi, selepas upacara angkat sumpah di Istana Negeri.
Tujuh menteri itu adalah Datuk Masiung Banah sebagai menteri belia dan sukan Sabah, Datuk Bobbey Suan (menteri tugas-tugas khas), Datuk Ellron Alfred Angin (menteri pembangunan luar bandar), Datuk Jahid Jahim (menteri kerajaan tempatan dan perumahan).
Datuk Bolkiah Ismail (menteri pembangunan perindustrian), Datuk Musbah Jamli (menteri pembangunan sumber dan teknologi maklumat) dan Datuk Anita Baranting (menteri pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna).
Musa juga mengumumkan akan menamakan 6 adun lantikan yang akan mengangkat sumpah di depan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Pada pilihan raya umum ke-14 kelmarin, Barisan Nasional Sabah memenangi 29 kerusi DUN.
Dua wakil Parti Solidariti Tanah Airku (Star) kemudian bergabung dengan BN bagi membolehkan kerajaan negeri dibentuk. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.