`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 2, 2018

Penyokong-penyokong MO1 dan Hadi adalah seperti orang Atheis.*

Image result for Najib and Hadi

I just received this via WhatsApp. It is going viral. A philosophical sort of piece

*Penyokong-penyokong MO1 dan Hadi adalah seperti orang Atheis.*

Bagaimana orang Melayu yang mengaku beragama boleh mewajarkan sokongan mereka terhadap Pencuri? Adakah mereka masih buta atau ragu-ragu terhadap bukti-bukti jelas yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang pencuri yang terbesar di dunia pada hari ini? Adakah agama mereka mengajar umat memilih seorang pencuri sebagai pemimpin dan tidak mengapa untuk bersubahat dengannya?

Jangan terkelabu dengan keadaan di mana MO1 tidak didakwa di mahkamah sebagai alasan untuk berkata bahawa dia tidak bersalah dari jenayah mencuri. Duit RM2.6 billion yang dicuri olehnya dari 1MDB telah sahih masuk ke dalam akaun peribadinya. Bukti ini sudah jelas. Malah pencuri MO1 pun terpaksa mengaku tentang perkara ini walaupun pada awalnya dia menafikannya. Jangan pula kita berpura-pura tidak tahu tentang ini dan meletakkan sikap berbaik sangka di tempat yang salah alamatnya.

Si Pencuri terlepas dari dakwaan jenayah ini tidak lain hanya kerana P__uam Negara (PN) dan Ketua P___s Negara  telah bersubahat dengan kemungkaran ini. Semua orang yang celik dan waras tahu bahawa PN dan KPN telah menutup bukti-bukti yang boleh mensabitkan kesalahan jenayah MO1. Namun tiada siapa boleh menutup bangkai gajah yang terlalu besar ini dan bau pekungnya yang menusuk hidung.

Masalahnya ialah terdapat ramai orang Melayu masih tidak takut kepada Tuhan dan tidak yakin terhadap Hari Pertemuan denganNya di akhirat kelak. Janji Tuhan tentang Hari Pengadilan mungkin dirasakan hanya sebagai sebuah cerita dongeng. Jangankan penyokong tegar Umno yang ambil sikap begini, ahli Pas pun dua kali lima juga.

Ini kerana Pas di bawah pimpinan Hadi Awang secara terang-terang adalah sekutu kepada MO1 dan Umno. Mereka bertanding di banyak kerusi Parlimen dan ADUN bukan untuk menang. Sebaliknya kerana mahu pecahkan undi orang Melayu supaya undi yang akan diberi kepada calun-calun Pakatan Harapan (PH) tidak cukup untuk mengalahkan Umno. 

Video Hadi memberi ceramah secara terbuka tentang kerjasama Pas dengan Umno untuk membentuk sebuah kerajaan bersama sudah lama tular. Klik di link berikut untuk melihatnya :

https://youtu.be/1G6wD7qsuAk

Di bahagian manakah dalam ajaran agamanya yang Hadi ambil sebagai sandaran untuk mewajarkan orang Melayu bersekongkol dengan seorang pencuri khazanah rakyat yang termahsyur di dunia sekarang? Agama jenis apakah sebenarnya yang dibawa oleh Hadi dan Pas?

Persoalan yang paling dasar sekarang ialah bagaimana orang Melayu boleh menutup mata mengenepikan tanda-tanda dan bukti-bukti jelas dan sahih bahawa MO1 adalah seorang pencuri? Perbuatan ini tidak ubah seperti sikap Atheis yang menolak kewujudan Tuhan!

Seperti semua orang lain, orang-orang yang berfahaman Atheis juga melihat berbagai tanda-tanda kebesaran Tuhan yang terpampang di alam semesta ini. Tetapi pada masa yang sama, mereka menolak kewujudan Tuhannya. 

Ini berlaku kerana otak dan jiwa mereka sakit, lalu mereka jadi degil tidak mahu mengaku bahawa Tuhan itu ujud. Bagi mereka, selagi Tuhan tidak kelihatan dengan mata kepala mereka sendiri, selagi itulah mereka akan tetap menolak kewujudan Tuhan. Mata hati mereka buta sehingga mereka bertindak songsang terhadap fitrah manusia yang dicipta dengan keinginan semulajadi untuk menyembah Tuhan kepada segala-gala yang terdapat di alam semesta ini.

Begitulah juga dengan sikap penyokong-penyokong Pencuri MO1. Tanda-tanda yang menjadi bukti kukuh bahawa dia telah mencuri berbillion-billion ringgit wang rakyat amat jelas dan ketara. Tetapi mereka memberi alasan bahawa selagi MO1 tidak didakwa di mahkamah dan tidak didapati bersalah, maka mereka tidak percaya bahawa MO1 telah mencuri. 

Padahal bukti wang sebanyak RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadi MO1 telah jelas terpampang dan diketahui oleh seluruh dunia. Satu-satunya sebab mengapa dia tidak didakwa di mahkmah atas kesalahan ini hanyalah kerana PN dan KPN telah bersubahat untuk membuang kes ini tanpa sebab yang munasabah. 

Jadi apakah bezanya sekarang di antara penyokong-penyokong pencuri MO1 dengan Atheis dari segi cara pemikiran mereka? Jelas bahawa mereka mempunyai persamaan mengenai betapa sakit dan rosak jiwa dan mental mereka kerana sanggup menolak kebenaran yang nyata.

Adakah mereka ingin kembali kepada Tuhan dalam keadaan fitrah mereka yang kotor sebegini? Tidakkah mereka telah lakukan satu penghinaan dan kekufuran besar terhadap nikmat akal yang Tuhan telah kurniakan kepada manusia? 

Dan yang lebih malang lagi ialah Hadi dan Pas semakin menambah kepada kesesatan ini melalui tindakan mereka mengajak kita berkerjasama untuk mengekalkan seorang pencuri.

Agama sesat yang mereka bawa hanya sekadar untuk duduk dilabel. Tetapi dari segi menjadikannya sebuah agama fitrah yang indah mempraktikkan nilai-nilai sejagat yang luhur hingga ia menjadi tarikan bagi seluruh umat manusia terpikat untuk ingin mendampinginya, Hadi dan Pas telah gagal dengan sebesar-besarnya.

Agama tidak sepatutnya dijadikan hanya sekadar laungan retorik, slogan dan label yang membingungkan rakyat sehingga mereka naik menyampah kepada agama. Sebaliknya, ukuran kejayaan agama yang sebenar ialah apabila berbondong-bondong rakyat di negara kita memeluk agama kita secara sukarela.

Yang pasti ialah apabila orang Melayu tetap menyokong seorang pencuri untuk dikekalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia, kewibawaan dan kesucian agama sudah tercemar dari perspektif orang-orang bukan Islam kerana ia gagal memanifestasikan hakikatnya sebagai agama yang benar dan adil.

Islam di Malaysia kini kelihatan bagaikan sebuah agama kartun yang tidak layak dianuti oleh orang-orang yang waras. 


Orang yang tidak beragama pun tahu bahawa adalah sesuatu yang tidak masuk akal bagi orang yang berfikiran waras, dan lebih-lebih lagi jika ia beragama, untuk memilih seorang pencuri supaya dikekalkan sebagai ketua negara secara sukarela melalui kaedah demokrasi. Tetapi agama yang dipraktikkan di Malaysia melanggar nilai kemanusiaan yang paling asas ini. Lalu bagaimanakah kebenaran agama hendak dipertahankan jika begini cara agama dipraktikkan?

Dalam konteks yang sedang dibicarakan sekarang, mungkin semua penyokong-penyokong Pencuri MO1 bukan Atheis dalam ertikata menolak kewujudan Tuhan. Tetapi yang tidak boleh dinafikan ialah cara pemikiran dan sikap mereka saling tidak tumpah seperti orang Atheis yang kufur terhadap nikmat akal yang Tuhan kurniakan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.