PH akan memikirkan bagaimana menyusun semula badan-badan berkepentingan politik seperti Biro Tata Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas.
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata Pakatan Harapan akan mengkaji badan-badan berkepentingan politik seperti Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebelum mengusulkan mansuh.
Beliau berkata PH akan memikirkan bagaimana untuk menyusun semula dan “memulihkan” BTN dan Jasa, yang sebelum ini didakwa badan indoktrinasi dan propaganda pentadbiran dahulu.
“Kita nak supaya jangan institusi kerajaan ini dijadikan institusi parti politik yang membawa ideologi parti politik tertentu.
“Kalau boleh rombak dan pulihkan supaya membawa mesej yang selari dengan kehendak rakyat maka kita akan cuba lakukan itu,” katanya.
Semasa bergerak sebagai pembangkang, Khalid Samad dan ahli politik pembangkang mengkritik Jasa dan BTN dan menggesa 2 badan itu dimansuhkan.
Amanah bersama 3 rakan komponen Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada pilihan raya lepas.
Khalid berkata badan seperti BTN dan Jasa akan dikekalkan sekiraya ia selari dengan “kehendak rakyat”.
“Bina semangat patriotik itu bagus, yang tak nak itu bina semangat perkauman. Yang mana menanam kebencian kaum dan sebagainya itu semua kita pencenkan,” katanya. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.