`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 21, 2018

Rombongan Umno Tanjung Malim gagal bertemu Najib

40 ahli Umno yang datang dengan menaiki 1 bas pulang ke Tanjung Malim selepas cubaan menemui Najib gagal
KUALA LUMPUR: Kira-kira 40 orang ahli Umno Tanjung Malim terpaksa pulang selepas gagal menemui Datuk Seri Najib Razak di kediaman bekas perdana menteri itu di Jalan Langgak Duta selepas menunggu lebih kurang 1 jam.
Salah seorang ahli Umno Tanjung Malim yang enggan dinamakan berkata 40 ahli Umno itu datang menaiki 1 bas. Mereka tiba di rumah Najib kira-kira 3.30 petang dan menunggu di luar pagar rumah sehingga 4.20 petang.
Rombongan yang dipimpin Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Khusairi Abdul Talib tidak mahu mengulas sebab tidak dibenarkan berjumpa Najib.
Sebelum itu, 20 orang Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) yang ingin melawat Najib juga gagal. Mereka tiba 1.40 petang tadi selepas Najib pulang dari Pekan, Pahang.
Seorang mahasiswa berkata mereka turun untuk memberi sokongan kepada bekas perdana menteri itu.
Selepas sehari mengadakan program di Pekan, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pulang ke Kuala Lumpur.
Najib berangkat ke Pekan 9.30 pagi semalam dan ia program pertama beliau di kubu kuatnya itu sejak memenangi Parlimen itu pada 9 Mei. Beliau tiba di rumahnya kira-kira jam 1.17 petang selepas hampir 3 jam meninggalkan Pekan sambil diiringi pengiring.
Najib perlu tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya esok dalam siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Siasatan itu, yang sebelum ini dilaporkan berstatus “tiada tindakan lanjut”, dibuka semula ekoran komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat skandal sekitar 1MDB.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.