Apa kata ...
Kenapa hanya baru tidak sampai dua bulan kehilangan kuasa, UMNO tiba-tiba sudah jadi miskin dan papa kedana sehingga tidak mampu lagi menyalurkan peruntukan bulanan kepada bahagian dan sayap-sayap?*
*Apakah UMNO tidak mempunyai wang langsung dalam akaun banknya?*
*Ke mana wang parti yang dikumpul sejak 60 tahun berkuasa selama ini?*
*Adakah hanya pemimpin UMNO saja kaya raya, tetapi parti sebenarnya miskin dan papa kedana?*
*Tiadakah mereka yang kaya raya itu sanggup untuk menghulurkan derma kepada parti sendiri sedangkan mereka mengaut kekayaan pun atas nama UMNO?*
*Kenapa pemimpin yang menerajui UMNO sekarang tidak cuba meminta wang derma yang kononnya daripada Pak Arab yang pernah diterima oleh bekas Presiden UMNO, Najib Razak?*
*Bukankah Najib ada menyatakan walaupun wang itu disalurkan atas nama akaun peribadinya, tetapi ia bukanlah kepunyaannya?*
*Kesian UMNO....belum sebulan hilang kuasa, sudah begini jadinya!*
*Bagaimana agaknya nasib parti itu selepas setahun atau lima tahun akan datang?*
*Dengan keadaan tiada wang seperti yang ditunjukkan sekarang ini, bolehkah UMNO terus bernyawa lagi untuk menghadapi pilihanraya seterusnya?*
*Atau UMNO memang sedang menuju kematiannya?*
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.