`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, June 29, 2018

SPRM bekukan akaun bank SUPP untuk siasatan

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan perkara tersebut dalam dalam satu kenyataan malam ini.
Presiden SUPP berkata pihaknya menerima surat daripada bank menyatakan akaun ibu pejabat parti dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM. (Gambar Facebook)
KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun bank Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan perkara tersebut dalam dalam satu kenyataan malam ini.
“SUPP menerima sepucuk surat daripada banknya menyatakan akaun ibu pejabat parti dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM.
“SUPP akan akur dengan sebarang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti yang diamalkan selama ini,” demikian menurut kenyataan ringkas itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.