`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, June 29, 2018

Peguam kes Scorpene ke Malaysia bulan depan

William Bourdon sebelum ini dihalang memasuki negara sejak 2011.
Sevan Doraisamy berkata peguam berkenaan akan memberikan taklimat kepada menteri pertahanan mengenai perkembangan kes di Perancis.
PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, peguam Perancis yang mengendalikan kes kapal selam Scorpene, William Bourdon akan ke negara ini bulan depan selepas dihalang sejak 2011.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, peguam akan memberikan taklimat kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengenai perkembangan kes berkenaan di Perancis.
“Tarikh menteri bagi ialah pertengahan atau akhir bulan Julai. Kita akan maklumkan kepada peguam di Perancis tentang tarikh sesuai untuk dia datang.
“Beliau juga harus maklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membenarkan Bourdon masuk,” katanya hari ini.
Semalam Sevan mengadakan pertemuan dengan Mohamad mengenai isu membabitkan pembelian kapal selam Scorpene berkenaan,
Pada 2011, Suaram memfailkan saman di Perancis mengenai penglibatan Malaysia dalam urus niaga pembelian 2 kapal selam Scorpene pada 2001.
Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes berkenaan kemudiannya dikenakan larangan masuk ke negara ini pada 2011.
Pada 19 Julai lalu, AFP melaporkan penyiasat Perancis mendakwa 2 pegawai syarikat yang terlibat dalam penjualan 2 kapal selam Scorpene bernilai AS$1.1 bilion kepada Malaysia pada 2002. Mereka ialah Philippe Japiot, bekas pengerusi syarkat DCNI, dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua pegawai eksekutif syarikat pertahanan gergasi Thales, yang disoal siasat Mei lalu atas tuduhan rasuah dan komisen.
Pada 22 Jun lalu, dilaporkan pihak berkuasa Perancis menerusi badan kehakimannya menjalankan usaha susulan membabitkan siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai 1 bilion euro. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche dalam satu pertemuan di Putrajaya.
Sevan berkata Mohamad tidak mempunyai masalah jika kes berkenaan difailkan di Malaysia.
Minggu lalu, Sevan dalam satu temubual bersama FMT menyarankan kerajaan membuka semula kes pembelian kapal selam Scorpene agar ia dijalankan di Malaysia kerana skandal yang dikaitkan dengan pembelian kapal selam itu melibatkan syarikat tempatan dan kerajaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.