Pihak polis seharusnya menggiatkan lagi usaha untuk segera menangkap Jamal Md Yunus ini, sesuai dengam waran tangkap yang sudah dikeluarkan terhadapnya.
Tindakan terbaru beliau yang merupakan seorang pelarian, tetapi dengan berani membuat rakaman video dan meletakkan syarat tertentu untuk menyerah diri, sebenarnya seolah-olah mencabar pihak polis yang sedang memburu dan mencari di mana beliau sedang bersembunyi.
Esok gua menang, lusa gua datang balai, katanya melalui video itu.
Tidakkah tindakan beliau ini sudah melampau?
Dalam pada itu, siapakah Jamal untuk meletakkan syarat seperti itu kepada polis?
Beliau ada kesalahan dan waran tangkap oleh mahkamah, maka tidak harus sama sekali beliau meletakkan apa syarat sekali pun kepada pihak berkuasa.
Sudahlah begitu, syaratnya pula langsung tidak munasabah iaitu hanya akan menyerah diri kepada polis sekiranya beliau menang jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan esok, 23 Jun 2018.
Soalnya, bolehkah beliau menang?
Secara tidak langsung jika tidak menang, bermakna Jamal akan terus menghilangkan diri dan mungkin tampil lagi dengan beberapa rakaman video yang tidak diketahui di mana lokasi beliau berada.
Apakah pihak polis sedia dipermain-mainkan oleh manusia seperti ini?
Tidak kira di mana Jamal berada, di dalam negara atau sudah melarikan diri ke negara jiran, pihak polis mesti menjejakinya dengan segera dengan antaranya menyiasat rakan, kenalannya atau ahli keluarganya yang mungkin masih selalu berhubung dengannya.
Seorang Exco Pemuda UMNO, Armand Azha baru-baru ini misalnya ada mengeluarkan kenyataan bahawa Jamal masih berada di dalam negara, malah dikatakan selalu berhubung dengan UMNO Bahagian Sungai Besar yang dipimpinnya.
Apa kata pihak polis siasat dan dapatkan maklumat daripada mereka itu?
– http://shahbudindotcom.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.