`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 9, 2018

Kempen bergambar Zakir Naik mahu jalin hubungan dengan kerajaan baru?

Gambar penceramah dari India itu dengan pemimpin utama Pakatan Harapan tersebar dalam kalangan kumpulan media sosial tertutup.
Koleksi gambar yang dikongsi di kumpulan media sosial memaparkan hubungan baik Naik dengan pemimpin kerajaan sekarang.
PETALING JAYA: Gambar Dr Zakir Naik dalam pertemuan dengan pemimpin utama Pakatan Harapan sebelum ini tersebar dalam kalangan kumpulan media sosial Islamis, dipercayai kempen “perhubungan awam” oleh pengikut penceramah kontroversi tersebut untuk membaiki hubungan dengan kuasa baru di Putrajaya.
Sumber boleh dipercayai yang sebelum ini bercakap kepada FMT berhubung usaha Naik memulakan semula organisasi dakwahnya di Malaysia berkata, para pengikut beliau gembira penceramah tersebut bertegur sapa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Putrajaya semalam dan berharap ia menjadi langkah pertama ke arah menjalin hubungan dengan pembuat keputusan utama di Putrajaya.
“Naik memang bergerak dalam kalangan golongan berkuasa, sama ada di Malaysia atau di luar negara. Modus operandi ini menjamin perlindungan daripada percubaan untuk mengusir beliau ke India,” kata sumber itu kepada FMT.
Naik kini seolah-olah watak tetap di Masjid Putrajaya setiap minggu, yang turut dikunjungi menteri dan pegawai tinggi kerajaan untuk solat Jumaat.
“Pertemuan” dengan Dr Mahathir semalam sangat singkat, dan kemesraan tidak kelihatan antara mereka berdua.


Ini berbeza daripada pertemuan dengan bekas timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, Februari lepas, yang menyaksikan kedua mereka berpelukan seperti kawan lama.
Zakir dikehendaki di India atas dakwaan pengubahan wang dan penyebaran fahaman ekstremis, dakwaan yang dinafikan beliau.
Pihak berkuasa di India dan Bangladesh menutup Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) dan saluran TV satelit beliau, PeaceTV.
Sumber yang rapat dengan kelompok dalaman Zakir di Malaysia berkata, modus operandinya membina imej bersifat “atas ke bawah”, iaitu dengan membuat hubungan dengan golongan berkuasa bagi memperkuat kedudukan beliau.
Kumpulan media sosial tertutup yang dilihat oleh FMT menunjukkan gambar beliau bersama pemimpin tertinggi PH dikongsi sesama anggota kumpulan tersebut.
“Gambar ini menunjukkan Anwar ketika beliau dijemput oleh kita sebagai tetamu utama ke majlis penutup Persidangan Keamanan di Mumbai, India pada Disember 2007,” kata satu mesej diikuti gambar bertajuk Zakir bersama bakal perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pihak polis India gagal menyoal siasat Zakir. Beliau berjaya mengelak dengan kerap terbang pergi-balik ke Arab Saudi, Malaysia dan Indonesia.
Melalui hubungan dengan pemimpin tertinggi Umno dan sekumpulan ulama Islam tempatan yang sealiran dengan Islam versi Salafi beliau, Zakir berasa selamat di Malaysia, dengan usaha memulakan kegiatan syarahan dan saluran PeaceTV beliau giat berjalan.
“Tidak diketahui sama ada kempen PR oleh pengikut beliau itu akan berjaya atau sebaliknya, tetapi ia pasti tidak disenangi penyokong kerajaan, termasuk sekutu PH, Hindraf,” kata sumber itu lagi kepada FMT.
Syarahan Zakir tentang “kajian perbandingan” menimbulkan kemarahan kumpulan bukan Islam di Malaysia, sama seperti di negara asal beliau, India.
Kumpulan pendesak Hindu, Hindraf dan beberapa kumpulan masyarakat sivil menyaman kerajaan sebelum ini dan menuduhnya “melindungi” Zakir dengan memberikan status pemastautin tetap kepada beliau.
Bagaimanapun pada Februari lepas, saman tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi, memungkinkan Zakir terus tinggal di Malaysia tanpa ancaman perintah pengusiran terhadapnya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.