`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, June 16, 2018

Recip Tayyip Erdogan, Rakan Karib Israel, Menipu Umat Yang Dungu

The following was written by my friend Norman Fernandez in Johor Bharu, for an Indonesian audience. It was sent to me by Norman.  I have edited it a little and made some small additions (in blue).  Please read my conclusion.


TURKI - Teman Palestina Atau Sahabat Israel?

Bagi negara Islam dan umat Islam, Presiden Turki Recip Tayyip Erdogan adalah pemimpin Islam yang disanjung kerana kelantangannya terhadap Israel. 

Di mata dunia Islam, Erdogan adalah jurubicara untuk Palestina dan pembela orang Palestin.  


Recep Tayyip Erdogan

Untuk jalur keras Islam (Islamic extremists / hardcores?), Erdogan ibarat Salahuddin al-Qurtubi moden yang berdiri di saf pertama  mengetuai orang Islam dalam menunjuk kebencian dan penentangan terhadap Israel, yang Erdogan menggelar sebagai “pembunuh” dan “negara teroris”. Erdogan menonjolkan dengan begitu lantang bahawa kebencian dan penentangannya terhadap Israel adalah sampai ke ulu hatinya.

  • Namun di sebalik semua ini, apakah negara-negara Islam, umat Islam dan khususnya kumpulan-kumpulan jalur keras (hard core) sedar bahawa Erdogan, kerajaan pimpinan Erdogan dan Turki adalah rakan paling akrab Israel. 

  • Ketika negara-negara Islam, umat Islam dan jalur keras begitu anti Israel, Erdogan dan Turki menjalin perhubungan erat dua hala dengan Israel dalam bidang militer, perubatan, teknologi dan ekonomi.

Ketika negara-negara Islam mengharamkan hubungan politik dan mengenakan larangan dan sekatan ekonomi terhadap Israel, pertalian perdagangan dua hala antara Turki dan Israel begitu mendalam. 

Pada tahun 2017, eksport Turki ke-Israel menunjukkan  peningkatan dari tahun sebelumnya dan melonjak 20% ke US$2.6 Bilion (RM10 Bilion).  

Bagi Turki, Israel adalah rakan niaga Top 10 (10 negara teratas) untuk  perdagangan export Turki.  Pakar ekonomi meramalkan bahawa dalam lima tahun akan datang perdagangan antara Turki dan Israel akan mencecah US$3.9 Bilion (RM15.0 bilion).



Gambar di atas : Wakil Dewan Perniagaan Israel (kiri) menandatangani 
perjanjian dengan Pengerusi Persatuan Pengekspot Turki (kanan) 
untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan.


Yang  amat pelik adalah semua ini tidak menimbulkan reaksi negatif atau menjadi persoalan di kalangan negara Islam, umat Islam dan jalur keras Islam (hardcore / extremists)  terhadap Erdogan dan Turki yang sambil menyuarakan tentangan dan kebencian terhadap Israel kepada penonton Islam, tetapi pada waktu yang sama boleh menjalin hubungan dua hala dan hubungan ekonomi yang begitu erat yang memanfaatkan penonton di Israel dan kaum pedagang Turki.   


(OSTB :  Ini adalah kerana ramai daripada umat Islam adalah bodoh, munafik atau keduanya sekali. Bahasa Inggeris sedia ada pepatah untuk mengungkapkan hipokrasi atau kemunafikan seperti ini, ia itu "hunting with the hounds and running with the hares" maksudnya 'mengejar bersama anjing memburu dan berlari bersama arnab yang diburu'.  Kesimpulannya  kemunafikan.)  

Hakikatnya  yang perlu disedari umat Islam ialah, Israel adalah nadi Top 10 rakan dagang luar dan sumber ekonomi bagi  Turki.  

Kelantangan, unjuk* kebencian dan tentangan Erdogan terhadap Israel sebenarnya lakonan dan muslihat untuk survival politik sahaja.  Ianya hanya karya (script)  Erdogan yang teringin dipandang tinggi di mata negara-negara Islam, umat Islam dan jalur keras Islam serta mainan politik tempatan untuk meraih undi penyokong di Turki.

Masanya sudah tiba untuk menyedari bahawa Erdogan dan Turki sebenarnya menipu dan memperbodohkan negara-negara Islam yang lain, umat Islam sedunia dan jalur keras Islam (yang sudah terbukti dungu). 

Yang nyata dan jelas ialah Israel dan Turki adalah ibarat adik-beradik. Turki telah menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Israel pada tahun 1948.



Bukan saja setakat pengiktirafan terhadap Israel tetapi Turki telah 
membuka kedutaannya di Tel Aviv sejak 1950 - 68 tahun daulu.




Shimon Peres, Presiden Israel diberi penghormatan berucap 
di Parlimen Republik Turki pada 2007.  Recep Tayyip Erdogan 
menepuk tangan sewaktu Shimon Peres berucap.


Sehingga hari ini Turki masih mempunyai kedutaannya di Israel. 



Turki juga membeli peralatan senjata Israel dan mengadakan latihan bersama tentera Israel hingga ke hari ini.


Panglima Tentera Laut Turkey dan Israel mempersetujui 
kerjasama antara tentera laut negara mereka 2009




Takkan hanya  kerana  Palestina, Turki sanggup berseteru dengan Israel. Bagi Turki, realiti ekonomi negara mereka memerlukan Israel. 

Isu Palestina? Itu sekadar berkoar-koar* sahaja.

Persoalan besar kepada negara Islam, umat Islam dan jalur keras Islam, apakah bisa anda mendesak Turki memutus segala hubungan dengan Israel dan apakah bisa anda mengancam memutuskan hubungan dengan Turki kerana menjalin hubungan dengan Israel ?



Recep Tayyib Erdogan  seorang chameleon pro-Israel 
juga yang berjaya memperbodohkan umat Islam sedunia.



Conclusion :  Kepada umat Islam Melayu, tuan-tuan jangan terpedaya dengan "pemimpin-pemimpin Islam" yang begitu hebat sekali dalam lakonan politik mereka. Mereka boleh begitu successful atau berjaya dengan cemerlang dalam berlakon sebab umat Islam (maksudnya tuan-tuan lah) kurang daya pemikiran, kurang ilmu dan tidah tahu menganalisa dan menimbang sesuatu keadaan.  

Mereka menggunakan agama sebagai modal niaga untuk memancing undi dan seterusnya menjual undi tuan-tuan untuk mengaut duit besar. Contohnya adalah parti yang memakai jubah style wanita dalam negara kita.  Mereka menghalalkan pencurian duit 1MDB sebab mereka pun mendapat sebahagian daripada duit curi itu. Ramai lagi yang menunaikan haji  ke Mekah dengan dibiayai wang curi 1MDB. 

Bagi mereka  laungan jihad,  Al Aqsa, Al Quds, hudud, syariah, Palestin semuanya hanya modal niaga untuk menipu undi tuan-tuan - the unthinking  faithful. The undiscerning followers. The brainless ummah.  Itulah watak utama yang diperlukan  daripada tuan-tuan bagi tujuan mereka. 

Erdogan, Palestina, Yemen, Al Quds, Al Aqsa, Gaza, Turki, Israel, Arab Saudi semuanya mempunyai mainan politik masing-masing. Masing-masing mempunyai chameleon, oportunis politik, pejuang fisabilillah dan yang sepenipu dengan nya.

Toloooong lah tuan-tuan jangan tertipu sampai ke usia tua.  
Jangaaaaaan lah tuan-tuan terus diperbodohkan dan didungukan.   


*Unjuk rasa - Wikipedia bahasa Indonesia.  
Unjuk rasa atau demonstrasi ("demo") adalah sebuah gerakan protes yang dilakukan sekumpulan orang di hadapan umum


**Arti kata koar - Kamus Besar Bahasa Indonesia  koar/ko·ar/, berkoar/ber·ko·ar/ berkata dengan suara keras (dengan maksud menantang, menghina, dan sebagainya); berteriak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.