`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 20, 2018

Tiada salahnya dedah skandal, kata Kit Siang

Veteran DAP itu berkata lebih baik Putrajaya memdedahkan salah laku tersebut kepada umum daripada menunggu pembangkang menyalahkan kerajaan mengenainya.
VIDEO INSIDE
Lim Kit Siang berkata beliau mendedahkan salah laku sedemikian sejak 52 tahun lalu.
PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mempertahankan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dikritik kerana mendedahkan skandal, mengatakan adalah lebih baik untuk Putrajaya berbuat demikian.
“Tiada salahnya untuk mereka mendedahkan (skandal). Terdapat pro dan kontra, tetapi salah laku harus didedahkan,” katanya kepada pemberita selepas menerima keahlian aktivis muda Heidy Quah ke dalam parti itu.
Kit Siang diminta mengulas mengenai nasihat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Guan Eng semalam supaya mengimbangi antara mendedahkan skandal dan memupuk keyakinan dalam kalangan pelabur.
Anwar, yang mengetuai kementerian itu dari 1991 hingga 1998 berkata, Lim mesti lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kerana pelabur akan menggunakannya sebagai rujukan.
Beliau berkata Lim, yang juga setiausaha agung DAP, boleh mewakilkan pendedahan itu kepada orang lain, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Tetapi malam tadi, Guan Eng berkata kementeriannya akan terus mendedahkan skandal yang dikaitkan dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kerana beliau diarahkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata beliau mendedahkan salah laku sedemikian sejak 52 tahun lalu dan tidak melihatnya sebagai satu kesalahan.
“Sekiranya mereka (yang berada dalam kerajaan) tahu tentang hal itu, mereka patut mendedahkannya, sebelum dipersoalkan oleh pembangkang seolah-olah mereka (kerajaan) bertanggungjawab bagi skandal tersebut.”
Kit Siang berkata dengan mendedahkannya, Putrajaya dapat membetulkan salah laku itu.
Dalam perkembangan lain, Kit Siang berkata beliau kebingungan berhubung apa berlaku di Selangor apabila diminta mengulas dakwaan mengatakan Pakatan Harapan (PH) tidak menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor selepas pilihan raya umum baru-baru ini.
Adun Ijok Dr Idris Ahmad mendakwa namanya diserahkan kepada Sultan Selangor dan beliau mendapat sokongan daripada semua parti komponen PH.
“Saya akan siasat dengan kepimpinan,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.