`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 27, 2019

Apabila Masjid Diarah Dirobohkan

Satu ucapan dan nasihat yang sangat menarik untuk seluruh umat Islam di Malaysia. Tetapi, secara realitinya apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir adalah sangat berbeza dengan yang terjadi pada sekeliling. Dan kesemua episod yang akan saya sentuh ini adalah pengalaman peribadi saya sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke empat. Dan Pejabat Anwar juga memainkan peranan ketika itu untuk cuba mendapatkan persetujuan dari Jabatan Agama Islam untuk merobohkan Masjid Al-Mujahidin di Damansara Utama pada 35 tahun yang lalu.

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
(Astro Awani) – Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan.
Kata Perdana Menteri, beliau pernah ke beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan yang mempunyai masjid yang sangat cantik dan indah. Menurutnya, semua itu dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan. (BACA DI SINI)
********************************************************

Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Dr Ibrahim Saad, telah meminta Jabatan Agama untuk merobohkan Masjid Al-Mujahideen

Saya ingin berkongsi cerita berkaitan dengan masjid pada tahun 1980an dan 1990an yang pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke empat.
Penduduk di Damansara Utama berkumpul dan mencapai kata sepakat untuk membina masjid. Sekarang masjid itu dikenali sebagai Masjid Al-Mujahideen. Masjid Al-Mujahideen itu dibina dengan menggunakan duit dari penduduk itu sendiri dan mereka tidak meminta bantuan satu sen pun dari kerajaan. Malah, kerajaan ketika itu ingin menawarkan bantuan berupa dana, tetapi telah ditolak oleh penduduk di Damansara Utama kerana mereka tidak mahu menggunakan wang ataupun dana dari kerajaan.
Dr Ibrahim Saad ketika itu adalah setiausaha politik Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan. Dia telah meminta Jabatan Agama Islam untuk merobohkan Masjid Al-Mujahideen kerana ianya adalah masjid swasta yang tidak langsung melibatkan dana dari kerajaan. Jabatan Agama telah memanggil kesemua jawatankuasa masjid untuk mengadakan mesyuarat dan memberitahu bahawa arahan untuk meruntukan masjid ini datangnya dari pejabat Anwar Ibrahim sendiri.
Akhirnya, tidak ada apa pun yang terjadi kerana mereka tahu jika mereka merobohkan masjid tersebut, ia akan menyebabkan terjadinya pertumpahan darah sama seperti kejadian di Memali. Dan sekarang ini, untuk 35 tahun, Masjid Al-Mujahideen telah menjadi satu mercu tanda di Damansara. (Ibrahim Saad pula menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan dia telah bersara dengan kontrak Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang jumlahnya berbilion-bilion)

Saya telah dipanggil oleh Cawangan Khas (Special Branch) dan diugut ditahan kerana penglibatan saya dengan Masjid Rusila

Pada masa yang sama, di Terengganu pula, saya terlibat dengan tiga masjid. Iaitu Masjid Kolam (Kuala Ibai), Masjid Rusila (Marang) dan Masjid Simpang Empat (Cendering). Kami telah membeli tanah di sekeliling kawasan masjid dan memperluaskannya masjid itu dengan sekolah, asrama, tapak perkuburan dan lain-lain lagi.
Kerajaan Negeri Terengganu telah menghantar polis untuk menutup Masjid Kolam dan Masjid Simpang Empat dan sekali lagi, kejadian Memali hampir berlaku di Kuala Ibai dan juga di Cendering. (Mereka tidak berani untuk menyentuh masjid di Rusila kerana mereka tahu, jikalau mereka meneruskan juga maka polis-polis itu akan pulang di dalam keranda berkain kafan.
Saya telah dipanggil oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Terengganu untuk dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan untuk menutupkan Masjid Kolam dimana saya adalah Pengerusi Masjid ketika itu.
Wan Mokhtar Ahmad ketika itu adalah Menteri Besar Terengganu memanggil saya ke rumahnya pada jam 7.00 pagi dan memberitahu saya bahawa Kerajaan Negeri tidak senang dengan penglibatan saya dalam masjid Cendering dan jika saya tidak berhati-hati maka mereka akan mengambil tindakan terhadap saya.

Ketika saya menjadi pengerusi Masjid Kolam, polis telah membawa tiga buah trak penuh dengan anggota untuk menutupkannya

Haji Yusoff selaku Ketua Cawangan Khas Terengganu ketika itu memanggil saya ke pejabatnya untuk memaklumkan pada saya bahawa, saya hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan satu-satunya sebab kenapa saya masih bebas adalah kerana mak sepupu saya merupakan Tengku Ampuan Terengganu ( atau bekas Permaisuri Terengganu). Jika tidak, saya sudah lama berada di Kamunting.
Satu ucapan dan nasihat yang sangat menarik untuk seluruh umat Islam di Malaysia. Tetapi, secara realitinya apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir adalah sangat berbeza dengan yang terjadi pada sekeliling. Dan kesemua episod yang akan saya sentuh ini adalah pengalaman peribadi saya sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke empat. Dan Pejabat Anwar juga ketika itu cuba untuk mendapatkan persetujuan dari Jabatan Agama untuk meruntuhkan Masjid Al-Mujahidin di Damansara Utama pada 35 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.