`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, May 31, 2019

Sampul raya imej babi: Jangan hanya minta maaf, netizen gesa siasat

a close up of a logo© Provided by FMT MEDIA SDN BHD

Sampul duit hari raya Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang mempunyai seolah-oleh imej babi yang tular di media sosial merupakan satu kesilapan cetakan.

MPAG dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pihak majlis telah menolak cetakan tersebut.
Menurutnya, pihak tidak bertanggungjawab telah menularkan cetakan yang silap tersebut di media sosial.
“Merujuk kepada isu sampul dan kad raya yang telah diviralkan baru-baru ini dimaklumkan terdapat kesilapan dalam cetakkan dan pihak Majlis telah menolak dan reject cetakkan tersebut.
© Provided by FMT MEDIA SDN BHD
“Namun ia telah diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak majlis memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku,” kata kenyataan itu.
Sampul duit hari raya MPAG yang mempunyai cetakan seolah-oleh imej babi menjadi tular di media sosial dan menjadi buah mulut netizen yang berpendapat ia tidak seharusnya berlaku.
“Jagalah sensitiviti semua kaum di Malaysia. Kenapa Majlis Perbandaran Alor Gajah nak keluarkan sampul duit hari raya dengan muka babi?
“Siapa yang design (reka) dan adakah semakan design dibuat sebelum cetak? Jangan sekadar minta maaf hanya kerana isu ini menjadi viral. Investigate (siasat),” kata seorang pengguna Facebook bernama Sujita Soorian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.