“Tak habis-habis berbalah,
sesama kelompok ummah,
semua marah, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah
disebabkan kitab punya sejarah.
sesama kelompok ummah,
semua marah, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah
disebabkan kitab punya sejarah.
“Jika kita amati realitinya,
negara Iran yang dikatakan Syiah, tak dengar ada huru-hara sini-sana,
sebaliknya,
negara Islam yang amalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah
kucar-kacir sini dan sana.”
negara Iran yang dikatakan Syiah, tak dengar ada huru-hara sini-sana,
sebaliknya,
negara Islam yang amalkan Ahli Sunnah Wal Jamaah
kucar-kacir sini dan sana.”
“Yang mengamalkan Syiah,
cara mereka biarkan mereka,
jangan pula kamu menghina,
kerana jika kamu menghina mereka,
bermakna kamu menghina Aku jua.
cara mereka biarkan mereka,
jangan pula kamu menghina,
kerana jika kamu menghina mereka,
bermakna kamu menghina Aku jua.
“Kerana Syiah, Aku juga yang jadikannya,
jika kamu Aku hidupkan dalam ASWJ,
ikutan kamu semua ikutlah ia,
jangan pula kamu campur aduk dengan Syiah juga
kerana kelemahan manusia telah Aku jelaskan ia.
jika kamu Aku hidupkan dalam ASWJ,
ikutan kamu semua ikutlah ia,
jangan pula kamu campur aduk dengan Syiah juga
kerana kelemahan manusia telah Aku jelaskan ia.
“Biarkan mereka hidup dalam Syiah sebagai amalan mereka,
kamu hidup dalam ASWJ tanpa berbalah sesama,
bersatu dan berkasih sayang.”
kamu hidup dalam ASWJ tanpa berbalah sesama,
bersatu dan berkasih sayang.”
Sebelum ini tersebar gambar yang menunjukkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menunaikan solat berjemaah bersama pengikut Syiah semasa mengadakan lawatan rasmi ke Iran.
Belum pun reda isu tersebut, kini tersebar pula puisi yang memuji Syiah serta seruan jangan menghina penganut Syiah melalui surat yang dipercayai untuk sebaran dalaman kepada anggota tentera.
Menurut Malaysiakini puisi yang berjudul Syiah itu didakwa dinukilkan pegawai atasan yang baru pulang dari Iran bersama lawatan Menteri Pertahanan.
“Saya baru pulang dari negara Iran dalam rangka lawatan mengiringi Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) bermula dari 25 april hingga 2 Mei lalu.
“Ikhlasnya mengambil kira keadaan semasa tiada terlintas mahu pun berpeluang untuk menjejakkan kaki malah mengadakan lawatan ke negara ini.
“Negara Islam yang terkenal dengan amalan Syiahnya yang telah mengejutkan dunia dengan kebangkitan revolusi menentang Shah Iran (Shah Mohamad Reza Pahlavi) pada tahun 1979 lantas diboikot dunia yang dikepalai oleh Amerika Syarikat hingga sekarang,” katanya dalam surat itu. -ekeleh.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.