JOHOR BARU, 14 Mei — Pemeriksaan mengejut Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di bazar Ramadan gagal menemui makanan basi dan berbau.
Datuk bandarnya berkata, pemeriksaan di Taman Universiti, Skudai petang semalam mendapati makanan yang disajikan dalam keadaan baik, lapor Harian Metro.
“Hasil pemeriksaan kami mendapati kebersihan semua gerai dan pengendali makanan berada pada tahap yang agak baik dan memuaskan.
“Sebanyak 183 gerai diperiksa dan empat daripadanya menjual ‘chicken chop’ di bazar Ramadan Taman Universiti, Skudai di sini.
“Namun semuanya didapati dalam keadaan baik, makanan tidak basi atau rosak,” kata Datuk Adib Azhari Daud.
MBIP melakukan pemeriksaan susulan tular di media sosial ‘chicken chop’ yang dijual di situ basi, keras dan berbau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.