KUALA LUMPUR, 13 Mei ― Tindakan seorang remaja membuli warga emas yang tular melalui satu video di laman sosial mendapat perhatian warga maya.
Video dipercayai dimuat naik anak saudara kepada warga emas berkenaan, mempersoalkan tindakan biadap remaja itu.
“Apa salah pakcik aku korang buli dia sampai macam ni, tak rasa bersalah ke buli orang tua bulan puasa bulan mulia macam ni?.
“Tolong kawan-kawan aku kawasan Sijangkang, tolong aku cari budak-budak ni,” tulisnya di laman sosial Twitter.
Menerusi rakaman video terbabit, kelihatan seorang remaja menjatuhkan motosikal warga emas itu selain membaling serpihan kotak ke arahnya.
Insiden turut membangkitkan rasa kurang senang penduduk yang kemudiannya berjaya mengenal pasti remaja terbabit.
Menerusi rakaman lain, sebilangan penduduk kelihatan membanjiri rumah remaja berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebelum membawanya ke balai polis.
Bagaimanapun, kes tersebut dipercayai telah selesai awal pagi tadi.
Berikut merupakan beberapa reaksi pengguna Twitter yang kesal dengan tindakan remaja terbabit:
budak ni takda mak bapak agaknya
ReplyDelete