`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 20, 2019

Permaisuri Agong hiba

a person posing for the camera: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.© Provided by Media Prima Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.lias@hmetro.com.my
BEBERAPA hari menjelang Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan kesedihan yang terbuku di hati baginda.
Menerusi rakaman video yang kemudian dimuat naik dalam Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, @rizalman71, baginda kelihatan sebak sebaik diajukan soalan mengenai perasaan menjelang hari pertabalan 30 Julai ini.
Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu, baginda sedih mengenangkan pemergian ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar serta bondanya, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah.
Paling menyedihkan apabila baginda bersama Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan duduk di singgahsana yang mana suatu ketika dahulu ia pernah diduduki Almarhum ayahanda dan bondanya ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Dalam video terbabit, Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu, “Nampak tak I tengah menangis? Sedih ni.”
Apabila Rizalman bertanyakan mengapa baginda menangis, Tunku Azizah Aminah Maimunah menjawab, “Kerana ayahanda dah tiada, sedihlah. Hiba sungguh yalah mak bapak (bonda dan ayahanda) kita (baginda) takde (tiada).
“Doakanlah saya dan Tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sebaik-baiknya.
“Dapat berkhidmat kepada rakyat,” katanya sambil mengesat air mata.
Suasana itu membuat beberapa rakan lain yang berada bersama baginda turut bersedih, malah ada yang dilihat mengesat air mata.
Video dimuat naik @rizalman71 itu mendapat perhatian daripada netizen yang turut mendoakan baginda semoga diberi kesihatan yang baik.
-nst

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.