`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 12, 2023

Anak ugut bunuh ibu selepas syak ada hubungan lelaki lain

 

Seorang lelaki berusia 35 tahun direman sehingga esok susulan dipercayai memukul dan mengugut ibunya, kata Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat.

PETALING JAYA: Tidak puas hati kerana mengesyaki ibu menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapa, seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap wanita itu, dalam kejadian di Taman Perindustrian Puchong Utama.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian pada 1 tengah hari Selasa, suspek pergi ke kedai ibunya lalu memarahi serta memukul muka mangsa menggunakan sekeping fail, sebelum mengugut mahu membunuhnya.

Beliau berkata, bertindak atas laporan polis yang dibuat ibunya yang berusia 58 tahun, polis menahan suspek pada 11.30 malam pada hari sama.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin dan mempunyai 15 rekod jenayah lampau,” katanya, lapor Bernama.

Suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.