`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 27, 2023

Bayi 3 bulan meninggal dunia di taska

 

Siasatan awal polis mendapati bayi itu dihantar oleh ibunya pada 7.15 pagi dalam keadaan sihat ke taska berkenaan dan pada kira-kira pukul 10.30 pagi bayi berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah taska di Bandar Baru Bangi, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya, menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan daripada seorang jururawat hospital swasta di Bandar Baru Bangi pada pukul 12.10 tengah hari tadi.

Beliau berkata pekerja taska itu membawa bayi berkenaan yang tidak sedarkan diri dan tidak memberi sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan diberikan, bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal polis mendapati bayi itu dihantar oleh ibunya pada 7.15 pagi dalam keadaan sihat ke sebuah taska di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, pada kira-kira pukul 10.30 pagi bayi berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pemeriksaan pada tubuh bayi tersebut tidak menemui sebarang kecederaan, mayat bayi itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Mohd Zaid berkata semakan mendapati taska itu telah beroperasi sejak tahun 2014 mempunyai lesen yang sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.

Beliau berkata hasil siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang unsur kekerasan yang berlaku, tetapi disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.