PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas dipercayai terjatuh dalam takungan air di hadapan rumah, dalam kejadian di Tawau, semalam.
Mangsa, Mohd Denel Zainal Abidin, ditemukan terapung oleh penduduk kampung dalam takungan air sedalam dua meter berada tidak jauh dari rumahnya, di Jalan Kuhara, dekat sini, berhampiran rumah pam Jabatan Air Tawau.
Pegawai Pertahanan Awam Tawau Japli Siping, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 5.25 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, kanak-kanak terbabit bagaimanapun didapati sudah tidak bernyawa.
“Seterusnya kenderaan APM mengiring kenderaan keluarga yang membawa jenazah kanak kanak berkenaan ke Hospital Tawau untuk tindakan selanjutnya,” lapor Harian Metro. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.