`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 12, 2023

Di Negeri Sembilan, kerjasama BN-PH patut diteruskan, kata pemimpin Umno

 

Kerjasama antara gabungan politik di peringkat negeri adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kata Jalaluddin Alias.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jalaluddin Alias berpendapat kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan perlu diteruskan di peringkat Negeri Sembilan.

“Sebaiknya bila kerajaan pusat ada kerjasama, di peringkat negeri mestilah ada trend yang sama.

“Ini untuk memudahkan pentadbiran dan pengurusan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” jelas Jalaluddin ketika dihubungi pihak FMT.

Beliau menjawab pertanyaan pihak FMT mengenai kenyataan menteri besar Negeri Sembilan bahawa PH sedia untuk bekerjasama dengan BN di negeri itu.

Terdahulu, Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata, tidak ada masalah untuk PH Negeri Sembilan bekerjasama dengan BN untuk berdepan PRN pada tahun ini.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada lagi sebarang pertemuan untuk membincangkan perkara itu dengan Pengerusi BN Negeri Sembilan Mohamad Hasan, kata Aminuddin.

Sebelum ini, BN dan PH bekerjasama dalam pilihan raya DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai yang menyaksikan BN memenangi kerusi DUN Tioman manakala PH tumpas di Parlimen Padang Serai.

Di peringkat kerajaan, selain Putrajaya, BN dan PH turut bekerjasama di Perak dan Pahang dengan menyaksikan ADUN BN, Saarani Mohamad dan Wan Rosdy Wan Ismail dilantik menjadi menteri besar bagi negeri-negeri tersebut.

Penganalisis politik daripada Akademi Nusantara, Azmi Hassan berpendapat walaupun BN, yang memenangi majoriti kerusi Parlimen di Negeri Sembilan, masih mempunyai kekuatan di negeri tersebut, namun mereka tetap perlu bekerjasama dengan PH.

Hal ini, menurutnya, penting bagi mengekang gelombang Perikatan Nasional (PN) seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah pada PRU lalu.

Pada PRU15, BN gagal memenangi sebarang kerusi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, dan Melaka walhal mereka mengetuai kerajaan Melaka sejak 2021.

“Bagi saya, kalau di Pulau Pinang, Selangor, boleh bekerjasama tidak kira di mana kekuatan BN di Negeri Sembilan seharusnya mereka bekerjasama mengekang gelombang hijau atau biru pekat PN itu,” jelas Azmi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.