`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 22, 2023

Fahmi mahu Malaysia jadi pengeksport filem

 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, kemudahan dan insentif akan diberikan kepada pembikin filem untuk menyokong pengeksportan filem tempatan ke luar negara.

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meletakkan visi Malaysia menjadi pengeksport filem, bukan hanya mengeksport bakat tempatan seperti Michelle Yeoh.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, negara perlu memanfaatkan bakat dan kemahiran anak seni tempatan seperti Michelle bagi kegunaan domestik, yang boleh dieksport dalam bentuk produk seni seperti filem.

“Jadi, saya lihat bagaimana kita boleh ubah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara bukan pengeksport bakat yang menjadi ‘brain drain’ kita, bakat-bakat ini ke negara lain, tapi kita eksport hasil karya seni untuk santapan dunia,” kata Fahmi sewaktu program Bual Konti terbitan RTM.

Pada 11 Jan, pelakon Malaysia Michelle Yeoh memenangi anugerah pelakon wanita terbaik Golden Globe dalam kategori muzikal/komedi bagi filem “Everything Everywhere All At Once”, sebuah filem komedi sains fiksyen terbitan Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau akan memastikan penambahbaikan dilakukan melibatkan RTM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ke arah penghasilan lebih kandungan filem yang berkualiti dan bermutu untuk dieksport.

“Kita mesti buat sedikit rekalibrasi bagi Finas contohnya, bagi pastikan pembikin filem …diberikan beberapa kemudahan tambahan, di samping itu kita bagi insentif,” katanya.

Beliau berkata, filem memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan minda masyarakat.

Pengalamannya dalam bidang seni telah menyedarkannya mengenai kesukaran bakat tempatan menceburi bidang perfileman, tambahnya.

“Waktu itu (menceburi bidang seni), pengalaman yang membuka mata bagi saya, macam mana susahnya nak jadi anak seni di Malaysia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.