`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 26, 2023

Ibu hamil, anak maut bot terbalik di Krabi

 

Kejadian berlaku ketika mangsa sekeluarga menaiki bot menuju ke Pulau Poda.

PETALING JAYA: Seorang ibu hamil dan anak perempuannya berusia enam tahun dari Malaysia yang melancong ke Thailand, maut selepas bot dinaiki terbalik berhampiran pantai wilayah Krabi, selatan Thailand pada Rabu.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari (waktu tempatan) itu, tiga sekeluarga – wanita berusia 36 tahun bersama suaminya berusia 38 tahun dan anak perempuan mereka dalam perjalanan menuju Pulau Poda.

Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak dipetik Bernama berkata, bot dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.

“Keluarga itu dan pengendali bot hanyut di laut sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan. Kesemua mereka dibawa ke darat di Jeti Klong Sai dan dikejarkan ke Hospital Krabi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Wanita itu dan anak perempuannya tidak sedarkan diri ketika ditemui nelayan. Mereka kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata suaminya dan pengendali bot warga Thailand berusia 45 tahun terselamat dan dilaporkan dalam keadaan baik. Mereka kini berada di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

Ketika dihubungi Bernama, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata pejabat konsulat sedang berusaha memberikan bantuan sewajarnya untuk menghantar pulang jasad mangsa ke Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.