`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 16, 2023

Kenderaan di Lebuh Raya Karak dijangka meningkat 71% sempena Tahun Baharu Cina

 

Pemangku Ketua Polis Selangor S. Sasikala Devi, berkata pihaknya turut mengenal pasti enam lokasi hotspot kemalangan dan kesesakan di Selangor.

KUALA LUMPUR: Polis menjangkakan pertambahan 71% jumlah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berbanding hari biasa sepanjang cuti perayaan sempena Tahun Baharu Cina Ahad ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor S. Sasikala Devi, berkata dianggarkan sebanyak 171,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu setiap hari bermula Jumaat ini berbanding purata penggunaan harian iaitu 100,000.

“Polis akan terus mengatur strategi dan mengambil segala inisiatif bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan termasuk memberi fokus kepada penguatkuasaan undang-undang, advokasi dan pencegahan jenayah serta kehadiran polis di lokasi, ” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat-19 Kontinjen Selangor sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Gombak hari ini.

Beliau berkata menerusi Op Selamat-17 sempena perayaan Tahun Baharu China tahun lepas, sejumlah 2,810 kemalangan direkodkan dengan 21 kematian berbanding 4,824 kes dan 23 kematian dalam Op Selamat-16 pada 2020.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sasikala berkata pihaknya turut mengenal pasti enam lokasi hotspot kemalangan dan kesesakan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang Utara, Hulu Selangor, Gombak serta Ampang.

Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin pulang supaya mengisi maklumat balik kampung bagi mengurangkan risiko kes pecah masuk rumah.

“Orang ramai boleh hubungi mana-mana balai polis berdekatan atau mengisi borang maklumat balik kampung yang boleh dimuat turun di portal PDRM,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.