`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 5, 2023

Lindungi kegiatan curi balak, SPRM Pahang tahan 2 lelaki

 

SPRM Pahang menahan kedua-dua lelaki berkenaan selepas hadir memberi keterangan di SPRM cawangan Raub pada jam 2.30 petang dan 7 malam semalam.

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang penjawat awam dan pesara kerajaan yang dipercayai menerima wang ‘habuan’ bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis.

Kedua-dua suspek lelaki itu dipercayai menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 daripada pemilik syarikat dari November 2019 hingga 2020.

Sumber memaklumkan suspek pertama yang berusia 40 tahun ditahan di pejabat SPRM Cawangan Raub ketika hadir memberi keterangan pada 2.30 petang tadi manakala suspek kedua, 61, ditahan pada kira-kira 7 malam semalam.

SPRM Pahang turut menahan seorang lagi penjawat awam yang dipercayai menerima rasuah berjumlah RM1,500 sebanyak dua kali daripada seorang individu sebagai balasan untuk melepaskan barang-barang disita oleh sebuah jabatan kerajaan yang terbabit dengan aktiviti perhutanan pada Disember 2018.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Raub pada kira-kira 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.