PETALING JAYA: Seramai 242 pegawai pergigian dan 321 pegawai farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap bermula 30 Jan hingga 12 Feb ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, pegawai lantikan kontrak itu disaran melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk melakukan pendaftaran atau mengemas kini maklumat permohonan dalam sistem SPA9.
“Sukacita dimaklumkan bahawa, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak bagi tahun 2016 dan 2017 boleh memohon jawatan tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Jan hingga 12 Feb 2023,” katanya dalam kenyataan.
Zaliha berkata, proses itu susulan urusan pengambilan jawatan tetap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan tahun 2018 hingga 2020 yang dibuka menerusi sistem SPA9 dari 6 hingga 21 Jan 2023,” katanya.
“KKM berharap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan ini,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.