`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 18, 2023

Pelajar UPM hilang selepas keluar solat Jumaat

 

Pelajar Universiti Putra Malaysia, Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, dilaporkan hilang selepas keluar untuk solat Jumaat dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC. (Gambar PDRM)

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang di universiti itu sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang A A Anbalagan berkata pelajar itu dikenali sebagai Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, beralamat di Bilik Asrama, Blok Delima, Kolej Canselor, UPM, Serdang.

Beliau berkata bapanya membuat laporan polis pada Isnin lepas dan sebelum kehilangan pelajar itu, bapa lelaki itu ada menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar namun tiada sebarang jawapan pada hari sama.

“Bapanya ada menghubungi Irfan pada 9 pagi tetapi tiada jawapan. Pada hari sama, jam 2 petang, bapanya telah meminta bantuan adiknya yang tinggal berdekatan UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Adik lelaki itu telah menghubungi rakan sebilik Irfan yang kemudiannya memberitahu pelajar itu dilihat kali terakhir semasa hendak pergi solat Jumaat menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 bernombor pendaftaran RAC 5095,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, Irfan masih belum pulang ke rumah atau balik ke bilik penginapan di UPM serta masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga.

Anbalagan berkata Irfan yang memegang kad pengenalan bernombor 011113-10-0213, berketinggian 171cm seberat 65kg.

“Irfan berkulit cerah, kurus, rambutnya tebal dan lurus, memakai cermin mata dan tidak mempunyai sebarang parut atau tatu pada badannya,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Irfan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 atau mana-mana balai polis berdekatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.