`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, January 19, 2026

Skandal rasuah: Titah Agong teguran penting kepada seluruh warga ATM

Salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah seharusnya tidak berlaku dalam institusi yang memikul amanah besar, kata menteri.

Menteri Khaled Nordin berkata kementerian akan pastikan teguran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim jadi pegangan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirkan kekecewaan berhubung dakwaan skandal rasuah melibatkan pegawai atasan tentera merupakan teguran penting kepada seluruh warga angkatan tentera.

Menteri Pertahanan Khaled Nordin, berkata penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah seharusnya tidak berlaku dalam institusi yang memikul amanah besar dan kepercayaan rakyat.

“Kita akan pastikan ia jadi pegangan serta tidak berlaku lagi sebagaimana yang dilalui dalam tahun lepas dan juga tahun ini,” katanya pada sidang media selepas suatu majlis di Sungai Besi.

Terdahulu, Sultan Ibrahim ketika menzahirkan kekecewaan baginda berkata apa yang terbongkar ‘hanyalah sekelumit daripada segunung’, dan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan dengan cepat, tegas, dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

Baginda mengingatkan wakil rakyat dan penjawat awam bahawa pelaku salah guna kuasa, seleweng dana awam, penerima rasuah atau bersubahat melindungi rasuah adalah pengkhianat negara.

Sultan Ibrahim bertitah demikian semasa merasmikan pembukaan sesi Dewan Rakyat bagi tahun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.