`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, January 19, 2026

2 rentung kereta terbakar di Plaza Tol Jitra

Bomba berkata kejadian pada awal pagi tadi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic FD.

Keadaan kereta yang terbakar dalam kejadian di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di Jitra, Kedah pada awal pagi tadi.
PETALING JAYA:
 Dua maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di Jitra, Kedah pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Jitra, Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.05 pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Noor Azhar berkata sebuah jentera bomba dengan tujuh anggota yang dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi komander operasi bomba melaporkan kebakaran membabitkan sebuah Honda Civic FD dan api sedang marak.

“Anggaran kemusnahan sebanyak 85% dan hasil pemeriksaan menemui dua mangsa rentung dalam kereta terbabit.

“Bagaimanapun, identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini,” katanya.

Tambahnya, api berjaya dikawal 1.23 pagi tadi dan kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.