Pengarah pendidikan negeri berkata langkah itu diambil selepas guru terbabit memohon maaf kepada ibu bapa pelajar berkenaan.

Menurutnya, langkah itu diambil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu selepas guru terbabit memohon maaf kepada ibu bapa pelajar berkenaan yang kekal di sekolah sama.
“Guru tersebut juga telah menggantikan tudung pelajar yang digunting,” katanya menurut Sinar Harian.
Terdahulu, tular seorang guru didakwa menggunting tudung pelajar dikatakan tidak labuh.
Berdasarkan hantaran tular, kejadian itu dikatakan berlaku Jumaat lalu, dengan tudung beberapa pelajar turut digunting atas alasan tidak labuh.
Sebahagian ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan itu yang disifatkan memalukan dan memberi kesan emosi kepada pelajar terbabit.
Raisin menyeru guru sentiasa berhemah dalam tindakan mereka dengan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti kemampuan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak.
“Pada masa sama, saya juga menasihatkan pelajar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan pihak sekolah.
“Semua peraturan yang dilaksanakan berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan bertujuan memberi kebaikan kepada pelajar,” katanya yang berharap perkara sama tidak berulang di sekolah lain. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.