`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 18, 2026

Proses undang-undang berjalan, usah ugut keluarga, kata Saifuddin

Menteri dalam negeri berkata ugutan di media sosial terhadap keluarga Rex Tan berlebihan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tidak wajar dan melampaui batas kepada orang ramai melakukan ugutan terhadap keluarga bekas wartawan, Rex Tan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Ugutan di laman sosial ke atas ahli keluarga bekas wartawan, Rex Tan, disifatkan tidak wajar dan melampaui batas, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, proses undang-undang sedang berjalan dan orang ramai jangan berlebih-lebihan kerana ia tidak membantu mana-mana pihak.

“Kita beri ingatan pada orang ramai supaya tidak berlebih-lebihan apalagi menggunakan platform media sosial untuk menyampaikan ugutan dan sebagainya. Kita mesti ‘move on’ daripada peristiwa yang berlaku, itu harapan kita semua.

“Sebab melontarkan kata-kata ugutan tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan,” katanya menurut Berita Harian.

Tan, 31, meletak jawatan daripada FMT pada 16 Jan, kemudian ditangkap di bawah Akta Hasutan sejurus selepas hadir di IPD Dang Wangi.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataannya dirakam. Telefon bimbit Tan turut dirampas bagi membantu siasatan.

Insiden berkenaan berpunca daripada soalan diajukan Tan dalam wacana awam mengenai Gaza, menampilkan ahli politik British, George Galloway, yang kemudiannya mencetuskan kecaman hebat dalam talian selepas dianggap mengandungi unsur perkauman.

Tan kemudiannya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, dengan menyatakan soalannya ‘dirangka dengan kurang tepat’, gagal mengambil kira kaitan dengan majlis tersebut, dan tidak mempertimbangkan sifat sensitif isu berkenaan secukupnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.