`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 18, 2026

9 ditahan berkait pemerdagangan manusia

Semua tangkapan berusia 24 hingga 51 tahun termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dan seorang wanita.

9 ditahan berkait pemerdagangan manusia fb pic 17126
Ketua Polis Pontian Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata operasi hasil maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan keluar dan masuk migran ke negara ini menerusi laluan tidak diwartakan. (Gambar PDRM)
JOHOR BAHRU:
 Sembilan warga Indonesia termasuk seorang transporter dan dua tekong laut serta enam migran, diberkas menerusi Ops Pintas Bersepadu di kawasan Sungai Boh, Serkat, Pontian, hari ini.

Ketua Polis Pontian, Hadzrat Hussien Mion Hussain, berkata operasi pada 2 pagi itu hasil maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan keluar dan masuk migran ke negara ini menerusi laluan yang tidak diwartakan.

“Semua tangkapan berusia 24 hingga 51 tahun termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dan seorang wanita,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebuah kereta Proton Wira, bot fiber bersama enjin, lapan telefon bimbit pelbagai jenama serta satu peket hablur kristal disyaki syabu dianggarkan seberat 21.41g turut dirampas dalam operasi tersebut.

Nilai rampasan berjumlah kira-kira RM60,000.

Dalam pada itu, beliau berkata ujian air kencing mendapati tiga lelaki iaitu transporter dan tekong laut terbabit didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.