
Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi, berkata kenyataan itu dibuat perwakilan Melaka Mustafa Musa ketika perbahasan ucapan dasar presiden dalam bentuk pantun.
“Saya minta speaker (perwakilan) Melaka tarik balik cakap Puteri tadi. Gedik ke apa…tarik balik. Tak baik cakap Puteri macam itu,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Terdahulu, Mustafa berkata ‘kalau Pemuda tidak nakal, kalau Puteri tidak getik (gedik), kalau Wanita tidak bersembang, kalau Umno tidak memekik, maka mandullah demokrasi’.
Sementara itu, Nurul Amal berkata Puteri hari ini terdiri golongan wanita muda berpendidikan dan setia bersama parti, bukan sekadar pelengkap dalam perjuangan Umno.
Katanya, Puteri juga memainkan peranan penting sebagai tenaga kerja parti dan sentiasa berada di barisan hadapan walaupun sering berdepan sindiran.
Beliau turut menegaskan Puteri mahu diberikan ruang dan peranan lebih bermakna dalam parti, termasuk dalam pencalonan pilihan raya.
Menurutnya, walaupun Umno berada dalam kerajaan, ia perlu bersedia untuk berdiri sendiri apabila berdepan pilihan raya akan datang. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.