Sumbangan itu untuk perkukuh pembangunan sosioekonomi ummah di Lembah Klang.

Ia sebagai sebahagian komitmen berterusan syarikat dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pembangunan sosioekonomi ummah.
Penyerahan zakat itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group Mohd Syafiq Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman dengan disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil.
Mohd Syafiq berkata pemilihan Israk Mikraj sebagai latar penyerahan zakat membawa makna simbolik, selari prinsip ketaatan, amanah dan tadbir urus beretika yang menjadi asas kepada pelaksanaan zakat perniagaan.
“Sumbangan ini bukan sekadar bantuan jangka pendek, sebaliknya komitmen berterusan VFive Group sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab dan cakna terhadap kebajikan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Selain zakat perniagaan, VFive Group turut aktif melaksanakan pelbagai program kebajikan menerusi Yayasan VFive dengan peruntukan kira-kira RM30 juta sepanjang 2025 bagi inisiatif CSR melibatkan bantuan kebajikan, pembangunan komuniti dan sokongan pendidikan.
Antara program dilaksanakan termasuk penyediaan pek makanan iftar, sumbangan baju raya kepada anak yatim, program singgah sahur, tajaan umrah, edaran beras bulanan serta bantuan kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan institusi pendidikan.
Komitmen kebajikan VFive Group turut merangkumi peringkat antarabangsa melalui penyaluran bantuan kepada komuniti Islam di luar negara, termasuk di Masjidil Haram, Madinah dan beberapa wilayah di Indonesia, selaras aspirasi syarikat untuk menyantuni ummah secara menyeluruh dan lestari. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.