`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 18, 2026

Umno perlu ‘pecahkan telur’ sebelum cabar PAS di Terengganu

Perwakilan dari Terengganu Jalaluddin Ismail berkata pada masa ini sukar untuk BN menawan semula negeri itu pada PRU16.

Jalaluddin Ismail berkata Umno boleh menjadi pembangkang di Terengganu yang baik jika menang sekurang-kurangnya 10 kerusi pada PRU16. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Umno perlu menerima realiti kesukaran menawan semula Terengganu pada PRU16, kata seorang perwakilan dari negeri itu yang menggesa usaha perlu digandakan memecahkan ‘telur’ terlebih dahulu.

Jalaluddin Ismail dari Umno Hulu Terengganu berkata bukan mudah untuk ‘menterbalikkan’ kekalahan di semua 32-0 kerusi dialami Barisan Nasional (BN) pada PRN 2023 di tangan Perikatan Nasional (PN) yang majoriti wakil rakyatnya dari PAS.

“Mungkin boleh sasar menang 10 kerusi dahulu sebagai permulaan untuk pecahkan ‘telur’ pada PRU akan datang, kita tak letak mampu menguasai kerajaan.

“Tapi kita boleh jadi pembangkang yang membawa suara rakyat untuk didengar kerajaan,” katanya ditemui FMT di tepian Perhimpunan Agung Umno 2025 (PAU2025).

Pentadbiran BN di Terengganu berakhir pada 2018 yang diambil alih PAS dan prestasinya merosot apabila tewas di semua kerusi lima tahun kemudiannya.

Naib Presiden PAS Ahmad Shamsuri Mokhtar dilantik sebagai menteri besar dan memegang jawatan itu sehingga kini.

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata prestasi di Terengganu itu boleh diperbaiki jika Umno dapat menarik sokongan orang muda.

“Kesukaran paling besar ialah sokongan orang muda yang mewakili 40% pengundi,” katanya yang menjelaskan Umno kini meningkatkan usaha itu menerusi sayap Pemuda serta Puteri.

Sementara itu, perwakilan dari Kelantan Wan Rakemi Wan Zahari pula berkata sebarang usaha penyatuan parti Melayu di negeri terbabit perlu melalui proses adil untuk membuktikan keikhlasan semua.

“Bagi membuktikan keikhlasan untuk bekerjasama perlu korbankan dari segi rundingan.

“Perlu ada situasi menang-menang,” kata ketua Umno Tanah Merah itu merujuk gesaan kerjasama dengan PAS dan Bersatu.

Untuk rekod, BN hanya menang dua kerusi di Kelantan manakala PAS 37, lima Bersatu dan satu Pakatan Harapan (PH). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.