`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, January 19, 2026

Tarik balik komen ‘Team B’ DAP, Zahid tak layak pimpin BN, kata MCA

Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng berkata, tindakan tergesa-gesa pengerusi BN jadikan gabungan itu bahan ketawa.

Umno president Ahmad Zahid Hamidi Umno
Ketika PAU Sabtu lepas, Presiden Umno Zahid Hamidi dakwa pemimpin DAP hentam Najib Razak dan Dr Akmal Saleh daripada ‘Team B’ DAP, beri gambaran wujudnya perpecahan dalam parti itu.
PETALING JAYA:
 Seorang pemimpin kanan MCA meragui kelayakan Zahid Hamidi memimpin Barisan Nasional (BN) selepas presiden Umno itu menyatakan kesediaannya menarik balik kenyataan menggambarkan wujud ‘Team B’ dalam DAP.

Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng berkata, tindakan pengerusi BN itu merupakan penghinaan secara langsung terhadap kredibiliti politik gabungan yang telah dibina selama bertahun-tahun.

“Tindakan Zahid mendakwa ‘terdapat pasukan B dalam DAP’ kemudian menarik balik kenyataan tersebut secara tergesa-gesa, amat tidak wajar serta langsung tidak melayakkannya untuk terus menerajui BN,” katanya dalam kenyataan.

“Jika beliau tidak segera menilai dan memperbetulkan gaya kepimpinannya, BN hanya akan terus kehilangan sokongan rakyat, dan slogan kononnya untuk ‘menghidupkan semula BN’ akan kekal sekadar retorik kosong.”

Beliau menegaskan rakyat memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab, berprinsip dan berwawasan, bukan yang sering berubah pendirian dan mencetuskan kontroversi.

“Tindak-tanduknya menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan anggota BN dan rakyat; beliau kini menjadi liabiliti terbesar BN,” katanya.

Tan menambah, setiap kata dan perbuatan Zahid mewakili keseluruhan gabungan, ‘bukannya emosi peribadi atau percaturan politik individu’.

“Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja merosakkan imej BN, malah menjadikan BN bahan ketawa di peringkat antarabangsa.”

Ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lepas, Zahid mendakwa pemimpin DAP yang menghentam bekas perdana menteri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh merupakan sebahagian daripada ‘Team B’ DAP, sekaligus memberi gambaran wujudnya perpecahan dalaman parti itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kemudian menyangkal dakwaan wujudnya puak-puak dalam parti itu, menegaskan hanya terdapat satu ‘Team DAP’.

Apabila diminta mengulas komen Loke, Zahid berkata, beliau tidak pernah berniat menggambarkan wujudnya puak-puak dalam DAP.

“Itu cuma satu gambaran, bukan satu keabsahan kewujudan team di dalam DAP. Jika itu menyinggung DAP, saya menarik balik apa yang saya sebutkan itu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.