Calon PAS bagi peranan ketua pembangkang dijangka akan diketahui minggu ini juga.

“Buat masa ini perkara ini belum diputuskan lagi. Saya jangka ia akan dimuktamadkan minggu ini,” katanya kepada FMT, ketika ditanya bila PAS akan mengumumkan calon bagi jawatan tersebut.
Tuan Ibrahim dihubungi ketika Ahli Parlimen kembali bersidang hari ini, untuk mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-15, selepas satu minggu berehat.
Semalam, Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Takiyuddin Hassan mengumumkan majlis tertinggi gabungan itu setuju peranan ketua pembangkang diambil alih PAS, memandangkan parti itu memiliki bilangan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.
Perhatian tertumpu pada kedudukan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang di Parlimen susulan pemecatan beliau pada 13 Feb, kemuncak kemelut kepimpinan antara beliau dan Presiden Muhyiddin Yassin. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.