`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, March 27, 2026

Ambil alih IJM: KWSP ambil pendirian berkecuali daripada mengundi

 Pemegang saham utama dalam IJM Corp itu ambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran Sunway Bhd.

KWSP EPF
KWSP secara sukarela berkecuali daripada mengundi berkaitan pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp.
KUALA LUMPUR:
 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp), mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd.

Mengikut maklumat di laman webnya, bahagian ‘Keputusan Undian KWSP’ pada mesyuarat pemegang saham menyatakan keputusan undian bagi cadangan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk IJM Corp telah direkodkan sebagai ‘berkecuali’.

Menurut rasional yang diberikan, KWSP berkata: “Ia secara sukarela berkecuali daripada mengundi berkaitan pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp.”

Mesyuarat itu bertarikh 26 Mac 2026. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.