Bekas Adun itu tidak terkejut dengan tindakan parti memecatnya.

“Walaupun ramai dari dalam parti dan luar menasihatkan saya supaya merayu, saya sedang memikirkan sama ada ia masih signifikan untuk berbuat demikian.
“Tetapi, saya mesti menyatakan saya sayangkan parti, oleh itu saya akan mempertimbangkannya dengan serius,” katanya menurut Dayak Daily.
Yong yang bersama SUPP lebih empat dekad, bagaimanapun tidak terkejut dengan pemecatannya.
“Saya sentiasa bersedia,” katanya, tetapi tidak akan mendedahkan tindakan seterusnya.
Ketua Pemuda SUPP Kuching, Nicholas Wung, berkata cawangan itu telah melantik Timbalan Pengerusi, Jong Yean Pin memangku jawatan pengerusi dan dirinya sebagai pemangku setiausaha.
Yong merupakan Adun Padungan dari 2001 hingga 2006. Beliau memenangi kerusi itu pada PRN 2001 dengan menewaskan Chong Chieng Jen dari DAP dengan majoriti 1,033 undi, tetapi tewas pada 2006 kepada Dominique Ng dari PKR dengan majoriti 1,417 undi.
Walaupun tewas, Yong kekal aktif dalam politik di peringkat pusat dan cawangan.
Kenyalang Gold Card yang diperkenalkan pada 2020 menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, diskaun untuk rawatan kesihatan, dan perkhidmatan seperti makan serta dandanan, selain faedah kematian RM1,800 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Lebih 350,000 orang merupakan pengguna berdaftar setakat akhir 2024. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.