Timbalan Ketua Wanita PKR Juwairiya Zulkifli berkata, parti tak boleh terima ahli baharu secara automatik tanpa semak latar belakang.

Timbalan Ketua Wanita PKR Juwairiya Zulkifli berkata, parti tidak seharusnya menerima kemasukan ahli baharu secara automatik tanpa menyemak latar belakang mereka.
Sebaliknya, menurutnya, parti harus membuat semakan terhadap setiap individu yang memohon kerana dikhuatiri tindakan mereka pada masa akan datang akan menimbulkan persepsi negatif terhadap parti.
“Sekiranya mana-mana individu diterima, sudah tentu mereka perlu patuh kepada disiplin dan perlembagaan parti.
“Jika dengan sengaja melanggar peraturan ini, keanggotaan boleh digantung atau dilucutkan,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata, permohonan itu akan melalui tapisan standard sebelum diluluskan.
Bagaimanapun, Tamim kemudian mengaku beliau sekadar ‘menganjing’ PKR dan penyokongnya dengan memohon untuk menyertai parti itu, mencetuskan tindak balas daripada Timbalan Setiausaha Agung PKR Aidi Amin Yazid yang memaklumkan parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang.
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, permohonan Tamim bukan bermaksud aktivis itu akan terus diterima masuk, sebaliknya perlu melalui proses penilaian.
“Siapa-siapa boleh daftar dalam talian untuk jadi anggota PKR talian. Belum tentu diterima masuk,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.