Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata gaya lama pembangkang yang hanya 'haus kuasa' dan bangkang tanpa beri penyelesaian tak lagi dapat tempat di hati rakyat.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, gaya lama pembangkang yang hanya ‘haus kuasa’ dan membangkang tanpa memberi penyelesaian tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.
Beliau menegaskan, rakyat tidak perlukan slogan sebaliknya kepimpinan berani menawarkan jalan keluar terutama ketika negara berdepan isu kos sara hidup serta kepercayaan terhadap institusi yang rapuh dan keresahan kestabilan politik.
“Pengundi atas pagar hanya akan terpikat jika Reset membuktikan keberanian melangkaui politik traditional sempit.
“Jika berjaya, ia mampu mengubah dinamik politik dengan menekan kerajaan perpaduan supaya lebih responsif,” kata pemerhati politik dari Global Asia Consulting kepada FMT.
“Ia akan menjadi sekadar ‘factory reset’ iaitu ‘reset tetapi seperti sedia kala’, tiada gunanya dan tiada nilai tambah,” katanya.
Pada 14 Feb lalu, Hamzah melancarkan gerakan ‘Reset’ sehari selepas dipecat daripada Bersatu, dengan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada gagasan konsensus nasional baharu bagi menyusun semula landskap politik dan pentadbiran negara.
Ahli Parlimen Larut yang juga bekas timbalan presiden Bersatu itu dipecat susulan krisis dalaman menyaksikan wujud gesaan supaya Presiden Muhyiddin Yassin meletak jawatan.
Difahamkan, Hamzah akan mengumumkan plaform atau parti baharu diketuainya tidak lama lagi dengan membawa gerakan ‘Reset‘.
Semalam, Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah (boldkan dan link ke) yang turut dipecat Bersatu berkata ‘Reset’ disifatkan sebagai perjalanan moral bukan hanya membabitkan kelangsungan politik.
Turut kabur dengan gerakan ‘Reset’, Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berpandangan usaha itu hanya berlegar dalam kalangan penyokong Hamzah yang kecewa dan taasub terhadap pemimpin tertentu.
“Politik Malaysia sejak merdeka jelas cenderung kepada politik kepartian berideologi berbanding politik individu,” katanya.
Tegas Tawfik, Hamzah dan pasukannya perlu mengabsahkan ‘Reset’ dengan mendaftarkannya selain pada masa sama agresif untuk mendapat momentum politik.
“Reset dilihat hanya berjaya dalam kalangan pemimpin dan penyokong mereka sahaja untuk mendapat momentum politik, belum lagi mampu memberi saingan kepada parti yang telah lama berakar umbi.
“Namun, tidak dapat dinafikan segelintir pemimpin dalam Reset mampu memberi saingan politik atas kapasitinya sendiri bukan parti atau pertubuhannya.
Reset masih jauh lagi…perlu meneroka dan bersaing dalam politik negara,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.