Pemimpin DAP itu dakwa Ang Woei Shang buat kenyataan fitnah berkait isu penternakan babi dan dakwaan mafia korporat.

Loke mendakwa Ang Woei Shang, yang juga kolumnis sebuah portal berita bahasa Cina, memuat naik tiga video di Facebook antara 26 Feb hingga 8 Mei yang mengaitkan Ahli Parlimen Seremban itu dengan isu penternakan babi dan dakwaan kewujudan mafia korporat.
Beliau berkata Ang turut menuduhnya berbohong kepada masyarakat Cina mengenai isu penternakan babi serta ‘melindungi’ mafia korporat.
Loke, yang juga menteri pengangkutan, berkata kenyataan yang dipertikaikan dalam video tersebut secara langsung merujuk kepadanya, dengan dilampir gambar beliau.
Beliau mendakwa video yang diterbitkan Ang dibuat dengan niat jahat dan mencetuskan kritikan terhadapnya dalam kalangan pengguna Facebook.
“Kenyataan defendan tidak berasaskan fakta dan telah mencemarkan reputasi plaintif,” menurut peguam Loke dalam penyataan tuntutan.
Loke memohon ganti rugi serta permohonan maaf secara terbuka daripada Ang.
Mahkamah menetapkan 13 Julai untuk pengurusan kes. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.