`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 14, 2018

Arab Saudi kekalkan eksport minyak bawah 7 juta tong sehari

saudi-crude-oil

DUBAI: Arab Saudi merancang untuk mengekalkan pengeluaran minyak mentah bagi April bawah 10 juta tong sehari (bpd) dan eksport bawah 7 juta bpd, kata Kementerian Tenaga negara itu hari ini.
Rancangan itu lanjutan usaha pengeluar utama Opec itu menamatkan lebihan bekalan dunia dan meningkatkan harga.
Pengeluar minyak terbesar dunia itu mengeluarkan minyak lebih rendah daripada sasaran sejak Januari dan mengurangkan penghantaran minyak mentah, terutama ke Amerika Syarikat, dalam usaha mengurangkan eksport dan menghabiskan bekalan minyak dunia.
Jurucakap kementerian berkata Arab Saudi bersama-sama pengeluar minyak negara Opec dan bukan Opec yang menyertai perjanjian pengurangan bekalan minyak dunia “komited mencapai matlamat bersama iaitu memulihkan inventori ke tahap normal.”
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan pengeluar bukan Opec yang diketuai Rusia bersetuju mengekalkan pengurangan output minyak sehingga penghujung 2018 bagi mengurangkan inventori dunia dan mengukuhkan harga.
Opec menjadikan purata 5 tahun itu sebagai sasaran utama dan dapat mengurangkan lebihan sehingga sekitar 74 juta tong daripada lebih 300 juta sebelum pengurangan bermula pada 2017.
Opec melaksanakan lebih 100% pengurangan output yang dijanjikan oleh negara-negara anggota, menurut angka Opec dan penganalisis lain, dibantu pengurangan luar kawalan di Venezuela, di mana output berkurangan di tengah-tengah krisis ekonomi.
Namun pengeluaran AS yang meningkat tahun ini memberi tekanan pada harga minyak. Minyak AS semakin dieksport, termasuk ke pasaran-pasaran paling besar dan paling cepat bertumbuh di Asia, menghakis pegangan pasaran Opec dan Rusia.
Opec akan bermesyuarat pada Jun untuk menentukan dasar output mereka. Pengeluar minyak dunia bersetuju untuk terus bekerjasama selepas perjanjian luput pada penghujung tahun ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.