`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, March 30, 2018

Larangan Wanita Jadi Pengacara Di Kelantan Ini Penjelasan Takiyuddin. Read more: https://sozcyili.blogspot.my/2018/03/larangan-wanita-jadi-pengacara-di.html#ixzz5BEnQsWP1

Tular dakwaan seorang wanita yang bernama Ameera Aida di Twitter semalam berhubung larangan yang dikenakan ke atasnya ketika berada di Kelantan baru-baru ini.

Menurut Ameera Aida, beliau merupakan seorang pengacara bebas yang diminta untuk mengacarakan satu program kanak-kanak di Kelantan selama lima hari bagaimanapun tugas beliau terpaksa disingkatkan kepada dua hari selepas dilarang untuk berbuat demikian atas alasan suara wanita adalah aurat.


"Awak kata, perempuan tidak boleh bersuara menggunakan microfon = suara wanita adalah aurat. Jadi anda mahu menghalang seseorang daripada mencari pendapatan? Sampai menjejaskan kerja saya, rezeki saya?," soal Ameera di dalam bebenang itu.

Ameera turut berkata untuk selari dengan dasar pentadbiran di Kelantan, beliau juga mengenakan hijab dan memakai pakaian yang longgar supaya program boleh berjalan dengan lancar.

Ameera juga menjelaskan luahannya mengenai perkara itu bukan bermaksud beliau mempunyai apa-apa sangkaan buruk terhadap Kelantan sebaliknya beliau inginkan penjelasan kenapakah wujudnya larangan yang tidak konsisten dari segi pelaksanaannya itu.

Luahan Ameera Aida; 







Dalam perkembangan berkaitan, portal Malaysiakini menyiarkan penjelasan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung isu berkenaan.

Portal itu melaporkan Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, beliau difahamkan tiada larangan terhadap wanita untuk berucap menggunakan mikrofon di Kelantan. 

"Dulu masa saya jadi exco tak ada macam itu (larangan wanita tak boleh berucap guna mikrofon), saya rasa sekarang pun tak ada. 

"Malahan artis wanita pun boleh buat persembahan untuk penonton wanita," katanya kepada portal itu.

Sehubungan itu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata beliau bersedia untuk berjumpa dengan Ameera bagi membincangkan tentang perkara berkenaan. 

"Saya rasa lebih baik periksa fakta tentang kes ini macam mana sebenarnya. “Saya pun bersedia jumpa dengan Ameera ini," katanya lagi. - SoZPress.

Read more: https://sozcyili.blogspot.my/2018/03/larangan-wanita-jadi-pengacara-di.html#ixzz5BEnNEPHd

1 comment:


  1. היי לכולם,אני כותב גם באנגלית וגם בעברית כדי ששאר העולם יבין ולא רק מי שמבין עברית,היי ממש צודק קראתי משהו דומה אצל עורך דין תעבורה מישראל
    Hi everyone, I write both in English and in Hebrew so that the rest of the world will understand and not only those who understand Hebrew and he is so right see
    a traffic lawyer

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.