`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 22, 2018

MB NEGERI SEMBILAN ORANG PERTAMA PATUT DITANGKAP POLIS KERANA MAHU CETUS KEKECOHAN PILIHANRAYA

Berikut adalah antara kata-kata yang jelas menghasut dan berbentuk hasutan yang dilafazkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan ketika melancarkan jentera gerak gempur Pemuda BN Rembau yang turut dihadiri oleh Khairy Jamaluddin di mana videonya telah tersebar dengan meluas di media-media sosial:-
“Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia.
“Kena tangkap dengan polis, saya jamin. Jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang.”
Tidakkah kata-kata di atas merupakan hasutan yang terang lagi nyata?
Kalau pun agak tertekan dengan kemungkinan BN kalah di negeri itu dan beliau akan hilang kuasa, apakah wajar kata-kata sedemikian dilafazkan?
Begitukah budi bahasa, adab dan pekerti seorang ketua kerajaan negeri?
Cuba juga perhatikan wajah dan air muka Mohamad Hassan ketika melafazkan kata-kata itu, apakah boleh dipercayai ia sekadar gurauan dan mahu melawak saja?
Jika semalam Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang  mahu mencetuskan provokasi, kekecohan dan huru-hara dalam pilihanraya akan datang, orang pertama yang seharusnya diambil tindakan tidak lain ialah Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Kata-kata beliau jelas menghasut dengan menggalakkan ahli Pemuda UMNO untuk mencetuskan kekecohan, menterbalikkan meja dan sedia menjamin mereka jika ditangkap oleh polis.
Apakah Mohamad Hassan fikir negara kita ini negara komunis yang tidak memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara?
Apa dan di mana salahnya bagi rakyat mengkritik kerajaan di kedai-kedai kopi sehingga perlu beliau mengarahkan ahli Pemuda UMNO menterbalikkan meja mereka?
Zahid Hamidi…jika benar serius mahu membendung kekecohan dalam pilihanraya akan datang, arahkanlah pihak polis agar menangkap Mohamad Hassan dengan kadar segera!!
Jika tiada tindakan, dibimbangi lebih ramai yang berani merangsang keganasan dengan kata-kata hasutan yang serupa.
Lagi pun, difahamkan, laporan polis juga sudah pun ada dibuat mengenai tingkah laku dan luahan kata-kata menghasut oleh Mohamad Hassan itu.
Maka, perlu tunggu apa lagi?
– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.