Tuan-Tuan dan Puan-Puan (diucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa atau Sedunia), saya pun tak faham kenapa IGP (atau KPN) perlu membuat Kenyataan Media sepanjang DUA MUKA untuk menjelaskan (sebenarnya membela) seorang pencuri, pembohong dan pengkhianat yang sekarang ini makin menghampiri didakwa di mahkamah di DELAPAN BUAH Negara dalam dunia ini dan berkemungkinan besar akan dihumban ke dalam penjara sekali.
Yang berikut adalah keratan Kenyataan Media IGP:
Dan yang berikut pula keratan akhbar Online FMT berkenaan perkara itu juga :
Tan Sri IGP adalah seorang pegawai penjawat awam yang bertugas menurut perintah. Apa yang beliau telah berkata itu adalah menurut perintah daripada orang - orang yang berkuasa atau yang berpengaruh. Soalannya siapakah orang itu?
Sebab sudah tentu Tan Sri IGP tidak berani membuat kenyataan yang sebegini lembap dan dungu tanpa diberi perintah dan arahan.
Kenyataan Media oleh Tan Sri IGP itu ditulis dengan cara cermat - atau 'by the book' - mengikut fakta yang telah diberi kepadanya.
Tetapi oleh kerana fakta yang diberi kepada IGP sukar diterima oleh orang ramai atas banyak sebab maka umum mendapati Kenyataan Media IGP itu adalah pelik dan janggal.
Maka tidak hairanlah jika Tan Sri Rais Yatim, ia itu seorang Penasihat kepada Kerajaan Kleptocrat Barisan Nasional bertaraf Menteri pun tidak percaya bahawa makhluk JoLo itu tidak terlibat dalam kes penipuan dan pencurian di 1MDB.
Yang berikut adalah keratan daripada online merujuk pendapat Rais Yatim:
Saya diberi faham bahawa Tan Sri Rais Yatim sepatutnya telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada Kerajaan Kleptokrat pada penghujung 2017. Beliau sudah "fed up" dengan Kerajaan Kleptokrat yang cuba membohongi dan menipu rakyat pagi dan petang, siang dan malam. Mungkin beliau telah membuat keputusan untuk terus kekal dalam jawatan sehingga tamat tempoh sah Kerajaan Kleptocrat ini yang akan berakhir pada tahun ini.
Seterusnya sila lihat satu lagi keratan media berkenaan seorang lagi kepala badut BN bernama bung mokhtar, yang satu kampong dengan sejenis penarikan pelancong (tourist attraction) yang famous di kawasan dia.
Ringkasnya, Bung kata ekonomi Malaysia kukuh kerana terdapat ramai anak muda yang gemuk badan. Inilah teori ekonomi Bung Mukhtar yang harus ditulis di belakang jamban dipondok asalnya.
Beliau kurang jelas bahawa orang yang tiada duit yang cukup, terutama sekali anak sekolah, terpaksa makan makanan murah seperti hot dog, chicken nugget dan burger murah yang mengakibatkan masalah gemuk badan juga. Hot dog dan burger murah itu mengandungi peratusan lemak yang sangat tinggi. Dan itulah makanan ramai orang yang kurang berpendapatan.
Tetapi soalannya dari mana datangnya kebodohan yang begitu tebal di kalangan para Menteri, Wakil Rakyat, pegawai tinggi dan pemimpin pentadbiran kleptokrat ini sehingga mereka sanggup membuat kenyataan atau memberi penjelasan yang sebegini dungu untuk menjawab beribu kemusykilan yang sedang melanda negara kita?
Dari mana datangnya keberanian mereka? Jawapannya senang - mereka memandang rendah terhadap intelek umum, terutama sekali masyarakat Melayu sebagai kaum yang bodoh, kurang daya fikiran dan mudah ditipu walaupun dengan hujah yang bodoh dan tidak masuk akal.
Malangnya tanggapan mereka ini ada juga kebenarannya kerana terdapat sebilangan ramai orang Melayu yang masih boleh terpengaruh dan dihanyutkan oleh hujah yang simple dan bodoh mereka ini.
Mereka faham ramai orang Melayu masih bergantung kepada media arus perdana sahaja sebagai sumber maklumat dan pengetahuan umum berkenaan urusan negara.
Mereka takrifkan pemikiran umat Melayu sebagai lembap. Inilah pendekatan mereka. Mereka menghina masyarakat Melayu.
Bagaimana pula jika masyarakat Melayu tidak rasa terhina? Di situlah kekuatan mereka.
Posted by Syed Akbar Ali
Ass.wr.wt.saya IBU NUR INTAN tki singapore sangat berterima kasih kepada AKI SOLEH, berkat bantuan angka jitu yang di berikan AKI SOLEH, saya bisah menang togel 4D yaitu (8576) dan alhamdulillah saya menang (359,juta)sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan AKI SOLEH. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini;
ReplyDelete1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.pesugihan tuyul
7.pesugihan bank gaib
8.pesugihan uang balik
9.pesugihan dana gaib, dan dll
dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub AKI SOLEH di no; 082-313-336-747.
atau anda bisah kunjungi blog AKIKLIK DISINI
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747
ATAU KLIK SITUS KAMI
UNTUK JENIS PUTARAN; SGP, HK, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, TAIPE, THAILAND, LAOS, CHINA, KOREA, KAMBODIA, KUDA LARI, ARAB SAUDI,
AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI