`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 6, 2018

PDRM SIASAT SPRM, SPRM SIASAT PDRM – AKHIRNYA APA JADI?

Walaupun sebelumnya SPRM seolah-olah enggan melakukan siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta di Australia, agensi penguatkuasa rasuah itu akhirnya terpaksa berubah nada.
Dalam perkembangan terbaru, SPRM dilaporkan sudah pun membuka kertas siasatan berhubung kes melibatkan Wan Ahmad Najmuddin itu.
Ia tentunya bukan saja kerana rungutan pelbagai pihak yang merata mendesak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah itu disiasat, tetapi juga tidak terkecuali kerana seorang anggota kabinet, Paul Low juga turut mahukan siasatan dijalankan.
Cuma, di sebalik pendirian Palul Low itu, yang agak mengecewakan ialah reaksi TPM, Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya yang mengatakan Wan Ahmad Najmuddin mungkin naif dengan undang-undang Australia yang tidak membenarkan pengaliran wang tanpa kesahihan melebihi A$10 ribu dalam satu-satu masa.
Kenapakah Zahid Hamidi memberi reaksi yang dangkal itu?
Bolehkah diterima akal seorang pegawai kanan PDRM begitu naif mengenai perkara itu?
Atau ia hanya memperlihatkan Zahid Hamidi sendiri yang sebenarnya naif dan ingin melindungi orang bawahannya tanpa siasatan dijalankan terlebih dahulu?
Penyiasatan terhadap Wan Ahmad Najmuddin memang wajar atas beberapa faktor, terutama kerana beliau dilaporkan enggan menuntut wang yang dibekukan pihak berkuasa Australia itu atas alasan kos guaman yang mahal.
Jika benar wang itu hasil penjualan rumahnya di Shah Alam, agak musykil bagaimana beliau sanggup merelakan wangnya lesap begitu saja.
Adakah beliau tidak kisah kehilangan wang sebanyak RM1 juta?
Jika begitu, berapa banyak jumlah kekayaan yang dimilikinya?
Selain itu, jika wang tersebut adalah untuk membiayai pembelajaran anaknya di negara kangaroo itu, dengan tidak menuntutnya, bagaimanakah pembiayaan pelajaran anaknya dapat diteruskan?
Namun demikian, perkembangan terbaru juga agak memeranjatkan di mana dilaporkan kemasukan wang ke dalam akuan beliau itu didakwa dilakukan melalui 54 transaksi yang setiap satunya kurang daripada A$10 ribu.
Ini bermakna Wan Ahmad Najmuddin bukanlah naif sebagaimana yang didakwa oleh Zahid Hamidi.
Namun demikian, dengan penyiasatan SPRM terhadap Wan Ahmad Najmuddin sekarang ini, antara SPRM dan PDRM sudah ada kes siasatan timbal balik antara satu sama lain.
Sebelum ini, PDRM telah pun membuka kertas siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad atas dakwaan melakukan kesalahan jenayah kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang masih bersuami.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu menggoda wanita yang sudah bersuami bagi tujuan seks yang boleh membawa hukuman penjara dan denda.
Dzulkifli dengan wanita seskandalnya itu, bagaimanapun dilaporkan sudah  mendirikan rumahtangga pada penghujung Januari lalu.
Tetapi, ketika saya berjumpa dengan Wan Ahmad Najmuddin bersama Tamrin Ghafar dan Zahid Md Arip, Ahli MPT Bersatu tidak lama sebelum ini untuk mengetahui status siasatan terhadap Dzulkifli, kami dimaklumkan bahawa keterangan daripada KP SPRM itu belum diambil lagi setakat ini.
Bermakna, siasatan terhadap Dzulkifli masih lagi berjalan, walaupun sukar untuk kita menjangka bila ia akan diselesaikan.
Kini, dengan kes yang dihadapi oleh Wan Ahmad Najmuddin sendiri, SPRM pula sudah membuka kertas siasatannya terhadap pegawai kanan PDRM.
Keadaannya kini ialah SPRM siasat PDRM dan PDRM siasat SPRM.
Kes Dzulkifli adalah di bawah siasatan Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, manakala kes Wan Ahmad Najmuddin yang disiasat SPRM, ketua agensi itu ialah Dzulkifli.
Apakah hasil siasatan kedua-dua kes akhirnya nanti?
Kedua-duanya akan didapati bersalah atau kedua-duanya saling tidak bersalah?
– http://shahbudindotcom.blogspot.de/

1 comment:

  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Email us:urgentloan22@gmail.com
    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....
    Email us (urgentloan22@gmail.com)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.