`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 7, 2018

Rosmah: Isteri menteri perlu bersatu tangkis fitnah, elak BN pecah belah

rosmah
Rosmah Mansor (tengah, duduk) bergambar bersama ahli Bakti di Bangunan Bakti Siti Hasmah, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengingatkan isteri menteri Kabinet supaya bersatu padu dan tidak termakan fitnah pembangkang untuk memecah belahkan hubungan pemimpin dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).
Yang dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu berkata, sebagai isteri pemimpin BN, mereka perlu bersama menangkis segala tohmahan dan fitnah ciptaan pembangkang.
“Mutakhir ini, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit perpecahan, persengketaan dan menyemarakkan api permusuhan.
“Kita harus kuat dan bersama-sama menangkis segala tohmahan dan juga fitnah yang membuta-tuli,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Bakti ke-41 di Bangunan Siti Hasmah, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.
Isteri perdana menteri itu berkata, jika ahli Bakti tidak bersatu, ia akan memudahkan pembangkang menghancurkan BN.
“Jika kita dilihat tidak bersatu, jika kita hilang solidariti dan jika kita hilang kesepakatan, tentunya perkara ini akan memberi bonus kepada pihak di sana.”
Rosmah turut menyeru ahli Bakti menyokong BN pada pilihan raya umum ke-14.
“Demi kesejahteraan rakyat Malaysia, Barisan Nasional perlu menang.
“Saya yakin biarpun menggunung cabaran menghalang, meski hebat apapun tentangan yang tiba, kita ahli-ahli Bakti dengan beraninya harus berdepan dan mara menuju kemenangan. Kalau kita bekerjasama, kita mampu menawan hati dan nurani rakyat.”
Sementara itu, Rosmah berkata, Bakti membelanjakan RM1.9 juta untuk menganjurkan program kebajikan Bakti sepanjang tahun lalu.
“Perlu ingat, berjaya dan majunya negara Malaysia sehingga sekarang merupakan hasil usaha gigih pentadbiran cekap serta sistematik di bawah kerajaan pimpinan BN.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.