`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 14, 2018

Agong ada kuasa

mohd.hasbi@nstp.com.my
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi pengampunan dan menunda hukuman berhubung segala kesalahan dibicarakan oleh mahkamah tentera dan kesalahan dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
a person driving a car: YANG di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V adalah Pengerusi Lembaga Pengampunan.© Provided by Media Prima YANG di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V adalah Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Bagi kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan di Kuala Lumpur, Lembaga Pengampunan terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai pengerusi, Peguam Negara, menteri yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan dan ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong tidak melebihi tiga orang perlu mengadakan mesyuarat terlebih dulu selepas mendapat rayuan atau petisyen pengampunan.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, mesyuarat itu bagi mendengar pendapat daripada ahli lembaga.
“Pesalah atau wakilnya boleh membuat petisyen atau rayuan kepada Lembaga Pengampunan melalui Mahkamah Tinggi dan satu mesyuarat akan diadakan ahli lembaga berkenaan.
“Ketika mesyuarat itu, Yang di-Pertuan Agong mendengar nasihat daripada anggota Lembaga Pengampunan yang lain sama ada bersetuju untuk memberi pengampunan kepada Anwar atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, sebaik pengampunan diberikan, Anwar mendapat pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan saja diberikan pengampunan, tetapi akan dibebaskan dengan segera.
Ditanya sama ada terdapat tempoh atau prosedur tertentu sebelum Anwar mendapat pengampunan, Abdul Halim berkata, keputusan daripada Lembaga Pengampunan adalah yang tertinggi.
“Keputusan daripada lembaga berkenaan adalah yang tertinggi, Anwar boleh dibebaskan serta-merta. Hanya beberapa proses dari segi pentadbiran di pihak penjara perlu diselesaikan peguam yang mewakili Anwar.
“Pengampunan ini juga bermaksud Anwar bersih daripada mana-mana jenayah dan sekali gus membenarkan dia untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya sambil menyamakan individu yang mendapat pengampunan ibarat bayi baru dilahirkan.
Abdul Halim berkata, jika Anwar dibebaskan selepas selesai menjalani tempoh hukuman, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak bertanding dan perlu menjalani proses cooling period seperti bekas banduan lain.
Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menyatakan kesediaan baginda untuk memberikan pengampunan segera kepada Anwar.

1 comment:

  1. HELLO,
    God bless you sir, I will not stop telling the world about your kindness in my life, Am Mrs Cynthia corvin . A lady with a great testimony I live in USA and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave happiness to me and my family, i was in need of a loan of $360,000.00 to start my life all over as i am a mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $360,000.0.Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs cynthia corvin, that refer you to him. contact Mr.Zak,via email:- feroozsuptoo@outlook.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.